Adik Ahmad Nawab, Akbar Nawab meninggal dunia

Iklan
Kredit foto: Berita RTM

ADIK kepada Seniman Negara, Tan Sri Ahmad Nawab iaitu Akbar Nawab Khan, 86, meninggal dunia pada jam 6 petang, Jumaat.

Bekas anggota okestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu dimaklumkan menerusi laman sosial, Facebook milik Pianist DM.

Difahamkan, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata di Taman Sri Gombak pagi tadi.

Ahmad Nawab turut hadir pada pengkebumian adiknya.

Allahyarham Akbar meninggalkan seorang balu, Zainah Ismail dan dua cahaya mata perempuan iaitu Rashidah Akhbar Khan serta Marlia Akhbar Khan.

Portal berita tempatan melaporkan ahli keluarga dikenali sebagai Hafis berkata pemergian Allahyarham tidak diduga dalam keadaan mengejut.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Sementara itu, Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail yang menerima khabar duka itu daripada keluarga Allahyarham Akbar yang dikatakan meninggal dunia ketika memandu.

"Betul... Arwah sedang memandu hendak pergi makan. Dalam (jarak) 500 meter (m) arwah, terus tidak sedar dan meninggal dunia dalam kereta... Semoga rohnya tenang di sana," katanya.

Bagaimanapun, punca kematian Allahyarham Akbar yang juga bekas anggota Orkestra RTM, masih belum dapat dipastikan.

Nama Allahyarham tidak asing lagi dalam industri seni tanah air dan banyak mencipta lagu buat artis tempatan seperti Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Najib Hanif, Razis Ismail.

Antara lagu evergreen ciptaannya ialah Selamat Hari Raya dendangan Allahyarham Datuk Sharifah Aini termasuk lagu patriotik, Wawasan 2020 nyanyian Roy.

Sumber: Berita Harian, Berita RTM