SEJUK perut ibu mengandung.
Baru-baru ini, pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza berkesempatan menghadiri majlis ilmu di rumah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon mengucapkan terima kasih kepada anak lelakinya Mohamed Danish Hakim kerana telah mengimamkan solat berjemaah.
"Terima kasih abang danish hakim menjadi imam kami.
Danish yang berusia 21 tahun itu mendapat pujian ramai kerana keberaniannya mengetuai solat berjemaah pada malam tersebut.
Terdapat juga warganet mendoakan Danish dipertemukan jodoh dengan wanita yang solehah.
Warga maya turut mendoakan anak sulung pelakon berkenaan menjadi anak yang soleh serta taat kepada ibu bapa.
"Alhamdullillah sejuk jer tengok si abang jadi imam, tumpang bangga.
"Bangganya anak lelaki dia jadi imam untuk semua, moga Danish dipermudahkan jodoh yang baik, yang solehah dan tanggungjawab.
Dalam pada itu, dapat dilihat pendakwah terkenal Ustaz Wadi Annuar memberi tazkirah dan perkongsian agama sejurus selepas solat berjemaah.
"Tamrin Hijrah bersama Ustaz Wadi Anuar.Alhamdulillah, syukur terima kasih Ya Rabb di atas rezeki dan izin-Mu untuk kami berkumpul di majlis ilmu ini.
"Terima kasih Ustaz Wadi untuk bekalan ilmu dan pembelajaran buat kami.
"Terima kasih Tok K (Datuk Khalid) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk keselesaan tempat serta berkongsi juadah.
Program Tamrin Hijrah bersama Ustaz Wadi Annuar itu turut dihadiri oleh pasangan selebriti popular, Neelofa dan Pencetus Ummah Haris Ismail.