SELEBRITI terkenal, MK K-Clique menimang anak sulung apabila isterinya, Siti Haajar selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 3 Ogos 2024.
Meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga setelah bergelar bapa, penyanyi dan pelakon itu memperkenalkan nama dipercayai milik anak perempuannya.
Dalam hantaran yang dikongsikan, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin bin Hamdan, 28, berkongsi makna dua nama tersebut yang membawa maksud memuji keagungan kuasa ALLAH.
Sementara itu, rata-rata warganet memuji pilihan nama berkenaan yang cukup indah.
Imbas kembali, MK mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar pada 16 Jun tahun lalu.
Difahamkan, permata hati sulung MK itu yang lahir pada 3 Ogos berkongsi tarikh hari lahir arwah bapa mentuanya, Allahyarham Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad.
Untuk rekod, MK dan Siti Hajaar sah bernikah pada Jun 2023.
Mereka sebelum ini memilih untuk mengunci mulut tentang teka-teki kehamilan sehingga ulang tahun kelahiran ke-28 penyanyi itu baru-baru ini.
MK membuat kejutan dengan memuat naik muzik video cover lagu berjudul Oke dan video memaparkan baby bump isterinya.