Syamsul Yusof kini duda, sah bercerai talak satu dengan Ira Kazar

Iklan

PERKAHWINAN pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kazar akhirnya terlerai selepas mahkamah mengesahkan mereka telah sah bercerai talak satu.

Pengesahan lafaz cerai itu disahkan kira-kira jam 10.30 pagi oleh Hakim Syarie Mohd Faizal Habib di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Iklan
Iklan

Peguam Syarie Afiq Fadhil yang mewakili Ira berkata, mahkamah mengesahkan Syamsul dan Ira telah sah bercerai talak satu.

"Mahkamah putuskan penceraian sudah berlaku di luar mahkamah di antara Syamsul dan anak guam saya. Itu saja boleh saya katakan," katanya.

Iklan

Sementara itu, peguam Azmi Rais yang mewakili Syamsul berkata telah berlaku pelanggaran lafaz taklik yang dilakukan Ira membabitkan hantaran di media sosial bermula 14 Ogos lalu.

"Alhamdulillah kes perceraian dan lafaz taklik sudah selesai pada hari ini yang mana mahkamah mendapati Ira sudah melanggar taklik.

Iklan

"Ada pelanggaran taklik yang sudah dilakukan Ira dan mahkamah berpuas hati bahawa memang berlakunya lafaz taklik dan mendapati bahawa Ira melanggar taklik tersebut sebanyak lima kali yang mana kali pertama pada 14 Ogos.

"Ia berlaku dalam keadaan rela tanpa paksaan mana-mana pihak. Idah juga bermula pada tarikh yang sama (14 Ogos)," katanya.

Hakim Syarie Mohd Faizal mensabitkan berlakunya perceraian dan memerintahkan Ira untuk menjalani tempoh iddah selama tiga bulan bermula 14 Ogos lalu.

Terdahulu, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu.

Peguamnya mengatakan pasangan itu sudah tiada persefahaman.

Syamsul dan Ira yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi bernikah di Thailand pada 6 Januari 2023. Perkahwinan mereka didaftarkan di Perlis pada 20 Januari tahun sama.

Pemilik nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof itu sebelum ini bercerai talak satu dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 23 Jun 2023 selepas berkahwin pada 8 Mac 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5.