BOSAN duduk di rumah jer sepanjang cuti sekolah tak lama lagi, apa kata ibu bapa usha tempat makan best yang mesra kanak-kanak.
Bukan apa, sudah banyak premis yang menyajikan kemudahan unik untuk menarik perhatian si kecil termasuklah tempat permainan indoor dengan ruang kafe yang estetik.
Selain menu yang sememangnya kesukaan anak-anak, pengusaha kafe bijak memanfaatkan setiap ruang dengan playstation.
Jadi, tak perlulah ibu ayah risau kalau anak tantrum bila disuruh makan atau tak reti duduk diam di ruang makan.
Sambil menikmati juadah, anak-anak boleh bermain dengan riang tanpa perlu bimbang soal keselamatan kerana dipantau pekerja.
Sudah bersedia untuk intai destinasi makan-makan yang mesra kanak-kanak?
SinarPlus himpunkan lima tempat menarik yang boleh kalian pertimbangkan untuk plan pendek cuti sekolah nanti. Berikut perincian:
BOSSY Junior
Alamat: No.12 & 12A, Persiaran Greentown 4, Greentown Business Center, Ipoh, Perak
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
Kemudahan: Taman permainan, bufet dan ruang sambutan hari jadi
Facebook: BOSSY Junior
Instagram: @bossy.junior
Noriter Cafe
Alamat: B-1-12 No, Plaza Arkadia, 3, Jalan Intisari, Desa Parkcity, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam
Kemudahan: Ruang makan, bermain dan kelas kanak-kanak
Facebook: Mknoriter
Instagram: @noriterdpc
LILLIPILLI
Alamat: 31, Jalan 16/155c, Bukit Jalil, Kuala Lumpur,
Waktu operasi: 10 pagi hingga 8 malam
Kemudahan: Ruang makan dan bermain
Facebook: Lillipilli
Instagram: @lillipillicating
DuDu Kids Cafe
Alamat: 3F-23 & 24, Tropicana Gardens Mall, 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Kemudahan: Ruang bermain dan makan
Facebook: DuDu Kids Cafe
Instagram: @dudukidscafe
Sugarcandy Cafe
Alamat: 21-3, Jalan Maju Ria 2 Hedgeford, Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam
Kemudahan: Ruang bermain, bergambar dan makan
Facebook: Sugar Candy MY
Instagram: @sugarcandycafe
Memang seronok dapat jalan-jalan sambil cuci mata dan menikmati hidangan menyelerakan.
Bukan selalu dapat bersama anak-anak kalau bukan cuti sekolah, kan?
Jadi, apa lagi yang kalian tunggu? Boleh usha tempat berhampiran untuk cuba healing di sana. Okey, selamat berhujung minggu.