"Ayah saya, sudah kembali ke rahmatullah..'Ayah Fikry Ibrahim meninggal dunia pagi jumaat

Iklan

PELAKON Fikry Ibrahim berkongsi berita duka pemergian bapa tersayang iaitu Ahmad Ibrahim pagi tadi.

Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim memaklumkan perkara itu menerusi Instagramnya dan memohon doa orang ramai agar segala urusan berkenaan Allahyarham dipermudahkan.

Iklan
Iklan

"Ayah saya, Ahmad Ibrahim sudah kembali ke rahmatullah.

Iklan

"Doakan ayah saya diampunkan segala dosa-dosa, dipermudahkan urusan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Dalam hantaran lain, anak kelahiran Kedah itu turut memaklumkan arwah bapanya terlantar di hospital dan sedang ditidurkan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Iklan

Bagaimanapun, pelakon drama 'Kau Yang Pertama' itu tidak menceritakan lebih lanjut mengenai masalah kesihatan yang dialami bapanya.

Meninjau ruangan komen, artis serta orang ramai menitipkan ucapan takziah dan doa kepada Allahyarham selain berharap pelakon itu tabah atas pemergian ayahanda tercinta.