'Mommy sebak...' Catriona Ross luah rasa sayu, anak autisme kini miliki MyKad

Iklan

PELAKON Catriona Ross berkongsi rasa terharu dan gembira apabila anak keduanya, Jammal Al Raess Shaharuddin kini sudah menjadi pemegang MyKad.

Iklan
Iklan

Pemilik nama Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross itu memuat naik video anaknya, Raess, 12, yang mengalami Gangguan Spektrum Autisme atau autisme mengunjungi kaunter Jabatan Pendaftaran Negara bagi urusan pembikinan kad pengenalan diri.

Pelakon berdarah kacukan Melayu dan Scottish itu pada mulanya menjangkakan prosedur di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keramat, Kuala Lumpur itu mungkin berlangsung penuh tekanan.

Iklan

Menerusi video yang dikongsikan, Raees yang turut ditemani bapa, Shaharuddin Mokhtaruddin memberikan bekerjasama dengan baik ketika proses rakaman foto dan menurunkan cap jari.

Iklan

"Janji temu MyKad untuk anak istimewa kami. Mommy sebak.

"Kami membayangkan hari ini kami akan stres. Namun semuanya berjalan lancar.

"Anak istimewa kami menerima MyKad. Bangga, Alhamdulilah," titip Catriona menerusi laman sosial Instagram.

Warga maya memuji foto yang dirakam sempurna menunjukkan Raees tersenyum. Ruangan komen hantaran berkenaan dipenuhi ucapan syukur dan luahan sebak para pengikut Catriona.

"Alhamdulillah, tumpang gembira. Good job Raees."

"Manis senyumannya, gambar pun jelas dan cantik."

"Saya menangis gembira. Tahniah buat anak lelaki Cat, syukur dan syabas."

Catriona terdahulu pernah mendedahkan saat sukar Raees disahkan autisme pada usia dua tahun.

Sekadar info, Catriona berkahwin dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen, Shaharuddin Mokhtaruddin pada 2009.

Selain Jammal Raees, pasangan itu memiliki sepasang lagi cahaya mata iaitu Sephia Rania, 14, dan Edruce Riyadh, 9.