PELAKON jelita Zahirah Macwilson baharu menimang cahaya mata keduanya Mei lalu. Hampir tiga bulan berlalu, isteri aktor Aiman Hakim Ridza itu akhirnya berkongsi wajah comel si kecil.
Foto si cilik diberi nama Inara Raisa mengenakan dres berwarna oren lembut dengan wajahnya yang comel dimuat naik Zahirah menjadi tumpuan warganet.
‘Our girl,” coretnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Ia merupakan kali kedua pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu mendedahkan wajah Inara dengan jelas kepada umum selepas dilahirkan pada 31 Mei lalu.
Justeru, tidak hairanlah hantaran berkenaan telah dibanjiri komen daripada netizen yang teruja melihatnya.
Tidak kurang juga yang mengatakan anak perempuannya itu kelihatan mirip dengan si abang sulung, Isaac Raees dan bapa, Aiman Ridza Hakim.
"Copy paste abang dia,” tulis seorang netizen.
"Muka daddy sangat. Aww,” komen seorang lagi.
"Masya-ALLAH, muka abang Isaac sangat pada Inara,” ujar pengguna Instagram yang lain.
"So cute macam muka Abang Ijack,” tambah seorang pengikut.
Terdahulu, Zahirah berkongsi kelahiran Inara secara indius di sebuah hospital di Perth, Australia.
Untuk rekod, Zahirah 29, sah bergelar isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, 35, pada 20 Februari 2020.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.