'Cut sugar, amal nasi 'resistant & berpuasa'.' Dr Jue perkenal kaedah alternatif bantu pesakit kronik dengan 11 protokol rawatan

Iklan

UNTUK memperoleh kesihatan yang terbaik, paling utama kena ubah mentaliti. Pada masa sama, cari pakar atau orang yang lebih berilmu yang boleh membantu dalam memberi nasihat dan panduan bagaimana mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

Demikian antara nasihat yang diberikan oleh pengasas D’Jue Wellnewss, Dr Siti Juariah Kusni ketika ditemu bual baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Berkongsi lanjut, anak kelahiran Selangor itu turut mendedahkan pengambilan gula berlebihan dalam diet harian antara punca berlakunya pelbagai sakit kronik, sekali gus memberi komplikasi kepada tubuh badan.

"Majoriti penyakit kronik adalah disebabkan oleh pengambilan gula berlebihan. Sebab itu, kalau nak sihat kena ‘cut sugar‘. Elakkan memakan apa sahaja makanan dan minuman manis.

Iklan

"Bukan itu sahaja, tabiat gemar mengambil makanan proses juga menjadi faktor peratusan jumlah pesakit kronik saban tahun semakin meningkat. Antara penyakit tersebut, seperti buah pinggang, kencing manis, jantung dan kanser semakin tinggi.

"Justeru, saya sarankan orang ramai supaya amalkan intermitten fasting atau puasa 16 jam di samping pemakanan sihat dan senaman,” ujar pengasas dan pemilik pusat rawatan kesihatan alternatif tersebut ketika ditemui dipejabatnya baru-baru ini.

Iklan

Bagi penghidap penyakit kronik, beliau yang disapa Dr Jue menegaskan tiada jalan pintas untuk kembali sihat.

"Nasihat saya untuk semua masalah kesihatan anda jawapannya adalah cari dan selesaikan terlebih dahulu masalah akar dan punca penyakit tersebut.

"Di Jue Welness sendiri, kami menekankan 11 protokol rawatan yang perlu pesakit jalani dengan penuh disiplin. Antaranya, berhenti mengambil gula, tidak mengambil protein haiwan dan jangan makan daging. Jangan tambah lagi protein yang boleh menjadi sumber penyakit. Hanya makan sayur sepanjang proses rawatan dan amalkan ‘nasi resistant’.

"Untuk kaedah nasi ‘resistant’, caranya cukup mudah. Masak nasi dengan satu sudu minyak kelapa. Selepas masak, simpan mengikut bahagian yang diingini atau sekali makan dan bekukan selama 12 jam.

"Fungsi nasi ‘resistant’ ini Membantu menukar sifat kanji kepada kanji degil (resistant starch) yang bermaksud sukar untuk dicernakan oleh enzim pencernaan. Selepas itu, panaskan kembali seperti biasa dan makan. Kaedah ini boleh mengurangkan kalori nasi putih sehingga 50 hingga 60 peratus,” kongsinya.

Sekadar makluman, nasi resistant itu membantu mengawal paras glukosa darah, mengawal berat badan, meningkatkan sensitiviti insulin, mengurangkan selera makan dan membantu penghadaman yang lebih sihat.

Menurut beliau lagi, kefahaman pesakit mengenai satu-satu jenis penyakit yang mereka hidapi adalah penting sepanjang proses rawatan tersebut.

Salah seorang pesakit, Ustaz Wan Hamidi yang kini masih menerima rawatan mengakui protokol pemakanan seimbang yang dicadangkan Dr Jue banyak membantu mengawal penyakitnya seperti diabetis dan pelbagai komplikasi lain.

"Saya diminta mengamalkan 11 protokol rawatan oleh Dr Jue iaitu berhenti mengambil gula dalam diet harian, melakukan intermittent fasting selama 16 jam bermula pukul 6.00 petang, tidak mengambil protein haiwan dan hanya makan sayur serta amalkan nasi resistant.

"Sewaktu bertemu dengan Dr Jue, beliau meminta supaya memahami terlebih dahulu mengenai penyakit ini dan apakah punca sebelum rawatan dilakukan.

"Pada masa sama, beliau terangkan dengan lebih terperinci tentang penyakit diabetis dan bagaimana ia boleh memberi kesan dan komplikasi kepada penyakit lain seperti strok dan sakit jantung.

"Awalnya tidak mudah kerana ia memerlukan disiplin. Namun, lama-kelamaan saya Berjaya melakukannya. Yang penting adalah iltizam kita untuk kembali sembuh,” ujar Ustaz Wan Hamidi.

Untuk Rekod, pusat D’Jue Wellness, yang memulakan operasi pada 2018 telah Membantu memulihkan lebih daripada 4,000 pesakit kronik melalui kaedah pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.