Asyik rasa sakit bahu, jangan abaikan! Mungkin sebab bahu beku

Iklan

MUNGKIN anda pernah berhadapan situasi terjaga tengah malam disebabkan oleh kesakitan bahu yang melampau.

MUNGKIN anda pernah berhadapan situasi terjaga tengah malam disebabkan oleh kesakitan bahu yang melampau.

Bermula dengan ketidakselesaan, beransur menjadi kekakuan (stiffness) dan kesakitan menjadi bertambah teruk sehingga tidak mampu menggerakkan lengan.

Iklan
Iklan

Jika anda mengalami situasi ini, ia mungkin disebabkan oleh bahu beku (frozen shoulder atau adhesive capsulitis).

Penyakit itu menyerang secara senyap sehingga menjejaskan sehingga lima peratus daripada populasi, terutamanya wanita berusia 40 hingga 60 tahun.

Iklan

Jika tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan kehilangan pergerakan bahu yang berpanjangan.

Pakar Bedah Ortopedik dan Trauma, Artroplasti dan Pembedahan Robotik di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), Dr Suresh George V Nainan berkongsi keadaan itu berlaku disebabkan oleh keradangan pada sendi bahu tanpa sebab yang jelas.

Iklan

Keadaan bahu beku ini boleh berkembang melalui tiga fasa:Fasa Pembekuan: Berlangsung antara dua hingga sembilan bulan, yang mana kesakitan bertambah teruk dan kekakuan meningkat secara beransur-ansur. Ramai yang mengalami kesakitan di bahagian bahu sehingga mengganggu tidur mereka.

Fasa Beku: Pada fasa ini, kesakitan berkurangan, tetapi kekakuan bertambah teruk dengan kehilangan pergerakan abduksi dan putaran bahu. Pesakit sering berasa kurang sakit pada fasa ini tetapi semakin sukar untuk menggerakkan bahu mereka walaupun dibantu. Ia boleh berlanjutan selama empat hingga 12 bulan.

Fasa Pelembutan: Semasa fasa pemulihan tersebut, pergerakan bahu bertambah baik secara beransur-ansur. Bagaimanapun, pemulihan sepenuhnya boleh mengambil masa selama enam bulan hingga dua tahun. Kebanyakan pesakit akhirnya akan dapat pulih sepenuhnya, walaupun ada segelintir yang mungkin tidak pulih sepenuhnya.

"Selain mampu menjejaskan wanita yang berusia, kondisi kesihatan tertentu juga boleh meningkatkan risiko.

"Kami sering melihat kondisi bahu beku ini dihidapi oleh pesakit diabetes, tiroid, Parkinson atau kanser," kata Dr Suresh George.

Urutan tisu dalam

Kebanyakan kes penyakit bahu beku juga adalah idiopatik iaitu tidak dapat dikenal pasti puncanya.

Menurut beberapa kajian, pesakit diabetes mempunyai lebih daripada tiga kali ganda kemungkinan untuk mendapat kondisi bahu beku berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit tersebut.

Malah, ada keadaan yang mana individu merasakan dirinya seperti mengalami bahu beku tetapi sebenarnya menghidap penyakit kanser.

Oleh sebab itu, penting untuk diagnosis awal dan dapatkan rawatan segera agar kondisi tidak menjadi lebih teruk.

Walaupun kelihatan rumit, penyakit tersebut sebenarnya mudah untuk didiagnosis.

Salah satu tanda seseorang itu terkena penyakit berkenaan adalah kehilangan julat pergerakan pasif.

Maksudnya, meskipun orang lain cuba menggerakkan bahu anda, ia tetap terasa kaku dan susah untuk digerakkan.

Dalam pada itu, ujian seperti sinar-X, imbasan dan ujian darah sering dilakukan untuk menolak kemungkinan masalah lain.

Contohnya artritis atau kecederaan tendon, ujian ini tidak dapat mengesahkan bahu beku secara langsung.

"Kebanyakan ujian akan menunjukkan keputusan normal bagi pesakit bahu beku.

"Oleh itu, diagnosis dibuat berdasarkan tanda-tanda klinikal klasik, terutamanya sakit bahu dan kekakuan yang semakin teruk dari masa ke masa," jelas Dr Suresh George.

Walaupun kebanyakan pesakit akhirnya akan pulih, intervensi awal boleh mempercepatkan proses dan mengurangkan ketidakselesaan.

Rawatan dibahagikan kepada tiga kategori:

  • Rawatan konservatif termasuk terapi fizikal, pengurusan kesakitan dengan ubat anti-radang, dan senaman untuk meningkatkan mobiliti bahu.
  • Suntikan steroid boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dan memudahkan pergerakan. Ini boleh digabungkan dengan manipulasi bahu terkawal di bawah anestesik jika tindak balas terhadap rawatan adalah perlahan.
  • Pembedahan mungkin akan dipertimbangkan untuk kes-kes yang sangat jarang berlaku jika kondisi berterusan melebihi 18 bulan.

Walau bagaimanapun, pembedahan adalah pilihan terakhir dan hanya disyorkan apabila semua rawatan lain tidak berkesan.

Dalam pada itu, terdapat persepsi kononnya ia boleh sembuh dengan dengan cepat.

"Bahu beku tidak boleh sembuh dengan sekelip mata. Ia adalah proses yang perlahan dan pesakit perlu realistik tentang garis masa pemulihan mereka.

"Pesakit sering berjumpa saya dengan keadaan yang lebih teruk selepas mencuba kaedah-kaedah yang agresif seperti meregangkan bahu (shoulder cracking) atau urutan tisu dalam.

"Pergerakan yang kuat boleh meretakkan bahu pesakit tua dengan osteoporosis atau koyakan tendon rotator cuff," ujar Dr Suresh George.

Tiada cara yang menjamin seseorang mengelak daripada bahu beku. Namun begitu, kekal aktif mampu untuk mengurangkan risikonya.

"Bagi mereka yang mengalami kecederaan atau menjalani pembedahan hingga tidak boleh menggerakkan tangan, penting untuk mula lakukan senaman bahu secara perlahan secepat mungkin.

"Senaman yang fokus pada peregangan dan fleksibiliti juga sangat bermanfaat. Misalnya senaman yoga dan pilates membantu menggerakkan bahu dengan lebih bebas serta meningkatkan fleksibiliti," Ujar beliau lagi.