19 HARI hilang tanpa khabar berita, kisah seorang kanak-kanak perempuan dari Ankara, Turkiye itu cukup menyedihkan apabila ditemui sudah tidak bernyawa.
Lagi sadis, mayat mangsa berusia lapan tahun itu ditemui di dalam beg di kawasan sungai Eğertutmaz yang terletak di wilayah Diyarbakir iaitu kira-kira 1.5 kilometer dari kampung halamannya, Tavsantepe.
Lapor Kurdistan24, Narin Guran sebelum itu dikatakan hilang pada 21 Ogos lalu sebelum misi mencari secara besar-besaran dilakukan pihak berkuasa.
Kempen ‘Cari Narin’ dijalankan secara meluas menerusi media sosial bersama pemimpin setempat termasuk Gabenor Diyarbakir, Murat Zorluoglu.
Ibu mana tak sebak anak istimewa kini semakin membesar. Alhamdulillah dah 12 tahun Jammal Raees. Manisnya senyuman dalam IC
Apa yang menyedihkan, misi tersebut berakhir dengan penemuan mayat Narin yang lengkap berpakaian seperti mana kali terakhir mangsa dilihat.
Berikut kronologi kes kejam tersebut:
1. Narin dilaporkan hilang selepas dikatakan keluar mengaji pada jam 3 petang pada 21 Ogos lalu.
2. Kehilangan itu pada awalnya disangkakan penculikan untuk pemerdagangan organ manusia di wilayah yang dikawal rapat tentera.
3. Siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke dalam beg selepas dibunuh sebelum dicampak ke dalam sungai.
4. Beg tersebut ditemui tersorok di bawah dahan dan batu bagi mengelakkan syak wasangka orang ramai.
5. Seramai 21 orang ditahan termasuk ibu bapa Narin dan abang sulung mangsa.
6. Abang sulung mangsa ditahan kerana terdapat kesan gigitan pada tangannya disyaki berlaku pergelutan dengan mangsa.
7. Bapa saudara kanak-kanak itu juga ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut.
8. Pembunuhan Narin dipercayai terancang apabila penemuan kesan DNA dan darah mangsa pada kenderaan milik bapa saudara.
9. Difahamkan, terdapat motif dendam antara bapa dan bapa saudara mangsa.
Moga si pelaku tak kiralah darah daging sendiri sekali pun wajar menerima hukuman setimpal dan menjadi iktibar buat semua.