Fazura fail penceraian terhadap Fattah Amin selepas 7 tahun berkahwin

Iklan

PELAKON dan ahli perniagaan Fazura memfailkan penceraian terhadap suami, aktor Fattah Amin selepas tujuh tahun usia perkahwinan mereka.

Memetik laporan portal Gempak, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin itu dilaporkan berbuat demikian pagi tadi Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

"Berita perceraian Fazura dan Fattah itu disahkan oleh sumber yang enggan identitinya didedahkan.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Betul (bercerai)," ujar sumber tersebut menerusi kiriman WhatsApp kepada Gempak.

Beberapa bulan ini pergolakan rumah tangga pasangan itu terdahulu dihidu oleh peminat selepas masing-masing tidak lagi memuat naik foto bersama di laman sosial.



Fattah pada awal Ogos menafikan berdepan masalah rumah tangga dan mengatakan hubungan suami isteri bersama Fazura berada dalam keadaan baik.

Untuk rekod Fazura, 40,dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya berusia tiga tahun.

Sumber: Gempak