'Happy birthday Daddy.' Sempena hari lahir ke-34, ucapan anak buat Fattah Amin undang sebak, warganet harap tidak jadi berpisah

Iklan

"HAPPY birthday Daddy.

Demikian ucap anak tunggal aktor Fattah Amin, Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran pelakon itu yang jatuh pada hari ini, 14 September.

Iklan
Iklan

"Happy birthday Daddy. Enjoy your special day.

"Love, Fatima," kongsi kapsyen.

Iklan

Si cilik itu juga turut memberikan kata-kata istimewa dan ciuman buat bapa tersayang.

Turut kedengaran suara Fazura yang merakamkan video tersebut.

Iklan

Hantaran menerusi akaun Instagram itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya.

Rata-rata tersentuh melihat ketulusan Fatima dan mendoakan pergolakan rumah tangga Fazura dan Fattah dapat diselesaikan tanpa perceraian.

Ujar mereka:

"Bolehkah anda berdua kekal tenang dan berkomunikasi secara mendalam. Tolonglah, jika perkahwinan ini boleh diselamatkan, tolong selamatkan. Jangan biarkan orang lain atau penyondol menang. Tolong terus kuat untuk Fatima. Saya hanya sayang keluarga ini. Jauh di sudut hati, masih ada harapan untuk anda berdua bersama untuk berbaik dan bersama semula."

"Anda isteri yang kuat Faz. Still up juga gambar suami and anak. Saya harap kalian cuba untuk betulkan keadaan ini. I know you both still love each other. Semoga dipermudahkan urusan kalian"

"Sedihnya. Harap kalian tidak meneruskan dengan perpisahan. Kasihan Fatima."

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, terdahulu memfailkan perceraian terhadap Fattah, 34, Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor menerusi peguamnya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Sumber: Instagram