Fazura mohon berpisah secara baik, tarikh sebutan permohonan belum ditetapkan mahkamah

Iklan

PELAKON dan ahli perniagaan, Fazura memohon dilepaskan secara baik kepada suaminya, Fattah Amin selepas melayari rumah tangga selama tujuh tahun.

Menurut laporan Utusan Online, perkara tersebut dinyatakan oleh Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, menerusi permohonan yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Jumaat lalu.

Difahamkan, permohonan berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau bercerai secara baik.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Walau bagaimanapun, sumber memaklumkan bahawa tarikh sebutan permohonan cerai secara baik itu belum lagi ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Pada masa ini, belum dapat dipastikan sama ada aktor terkenal, Fattah Amin sudah melantik peguam atau belum bagi mewakili dirinya bagi permohonan cerai tersebut.

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Fazura tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan lagi memandangkan sedang berada di luar negara.

Terdahulu, khabar Fazura menfailkan tuntutan penceraian terhadap suaminya benar-benar mengejutkan ramai khususnya para peminat.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dan Abdul Fattah bin Mohd Amin, 34, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.



Pasangan itu dikurniakan cahaya mata tunggal, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, penceraian secara baik atau persetujuan bersama boleh dilakukan dalam masa singkat.

Berikut info dan prosedur berkaitan perceraian cara ini yang wanita perlu tahu:

KAUNTER MAHKAMAH

1-Suami atau isteri menyerahkan borang permohonan penceraian yanbg telah dilengkapkan mengikut format.

2-Masing-masing membayar yuran pendaftaran mengikut kadar ketetapan negeri masing-masing.

3-Mendaftarkan kes cerai di kaunter.

4-Menerima tarikn dah masa hadir ke mahkamah. Tarikh untuk suami dan isteri hadir ke mahkamah hendaklah tidak melebihi 21 hari dari tarikh kes didaftarkan.



MAHKAMAH

5-Suami dan isteri hendaklah hadir pada tarikh yang ditetapkan dengan membawa bersama dokumen asal berupa sijil nikah atau rujuk, kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri / pasport.

6-Mahkamah mendapatkan persetujuan perceraian daripada suami dan isteri.

7-Suami melafazkan cerai talak satu.

8-Mahkamah mengesahkan lafaz cerai suami dan mengeluarkan perintan perceraian.

9-Suami dan isteri menerima rekod perceraian.

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI

10-Suami dan isteri membawa rekod perceraian dengan segera ke Jabatan Agama Islam untuk mendaftarkan cerai.

11-Suami dan isteri akan menyerahkan rekod cerai kepada Jabatan Agama bersama dokumen asal iaitu

-Sijil nikah atau sijil rujuk.

-Kad pengenalan/ dokumen pengenalan diri atau pasport.

- Perintah daftar cerai dan rekod.

12-Suami dan isteri membayar yuran daftar cerai mengikut kadar yang ditetapkan oleh negeri-negeri.

13-Jabatan agama Islam akan mendaftarkan perceraian dan mengeluarkan sijil cerai.

Sumber: Utusan Online, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia