Komposer Ooi Eow Jin meninggal dunia pada usia 86 tahun

Iklan

KOMPOSER dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.

Iklan
Iklan

Berita duka itu dikongsikan oleh isterinya, Datin Khaw Lean Kee kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT)

"Pihak YKAT baru sahaja menerima panggilan daripada Datin Elain yang mengatakan suami beliau baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Kuala Lumpur.

Iklan

"Panggilan ini kami terima sekitar jam 4.48 petang," katanya.

YKAT menerusi satu kenyataan media sebentar memaklumkan hal tersebut.

Iklan

"YKAT baharu sahaja menerima panggilan pada jam 4.48 petang daripada Datin Elain.

"Mendiang merupakan pemuzik terkenal tanahair yang menerima bantuan bulanan YKAT berjumlah RM500 sebulan. Semoga keluarga mendiang tabah,” ujar kenyataan itu.

Pada 2022, media melaporkan keadaan kesihatan Eow Jin yang menghidap penyakit Alzheimer sejak 2015 semakin merosot selepas dijangkiti virus Covid-19.

Nama besar itu memasuki industri selepas menyertai Orkestra RTM sebagai pemuzik pada tahun 1963 sehingga tahun 1967 sebelum berhijrah ke TV3 pada tahun 1986 hingga 1999.

Untuk rekod, Ooi banyak mencipta lagu-lagu untuk penyanyi-penyanyi tempatan dan luar negara termasuk Sudirman, Dahlan Zainuddin, M Nasir, Rahimah Rahim, Rafeah Buang, Flora Santos, kumpulan Alleycats, Jennifer Yen dan Francis Yip.

Beliau juga pernah berkhidmat di Institut Teknologi Mara (kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA), Asia-Pacific of Broadcasting, Yamaha Music School, International College of Music (ICOM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mendiang juga cukup terkenal dengan susunan muziknya dan bertanggungjawab mencipta lagu tema program muzik, Muzik Muzik dan Juara Lagu bersama Tan Sri Ahmad Othman Merican.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro