Terima surat penghargaan dari PM New Zealand, Khairul Aming terus harumkan nama Malaysia, the real influencer!

Iklan

KHAIRUL Aming terus mengharumkan nama Malaysia apabila menerima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand, Perdana Menteri Christopher Luxon.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram, Khairul Aming berbesar hati penghasilkan video masakan di New Zealand dihargai pemimpin tertinggi negara Kiwi itu.

Iklan
Iklan

"Kami baharu menerima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand di Wellington.

"Doakan agar kami dapat teruskan buat kandungan yang harumkan nama Malaysia di mata dunia," kongsinya.

Iklan

Menerusi surat yang dimuat naik, Luxon merakamkan ucapan terima kasih buat Khairul Aming dan menyatakan terinspirasi daripada kerja keras Khairul Aming. Berikut isi kandungan surat tersebut:

Iklan

"Alangkah seronoknya bertemu. Terima kasih banyak atas pelajaran memasak dan menganjurkan saya untuk sarapan tempatan semasa lawatan saya ke Malaysia.

"Ia memberi inspirasi untuk mengetahui kisah anda. Dari permulaan kecil membuat video memasak semasa perintah kawalan pergerakan Covid-19 hinggalah kepada kejayaan perniagaan anda pada hari ini termasuk sambal yang menerima permintaan tinggi.

"Selepas menonton video anda rakam di New Zealand menerusi Instagram, saya sangat gembira mendengar pendapat secara langsung. Industri pelancongan New Zealand sememangnya menghargai usaha anda!

"Saya mengakui ia tentu kerja keras dan bakat untuk membina jenama anda yang tulen dan sentiasa bersemangat tentang kerja.

"Terima kasih kerana meluangkan masa daripada jadual sibuk anda untuk mengajar saya cara membuat roti jala dan cendol, dan kerana menyajikan hidangan tempatan yang begitu lazat.

"Saya mendengar bahawa video sarapan pagi kita menarik lapan juta tontonan di Instagram dalam masa beberapa hari. Syabas! Sebagai seseorang yang jarang di Instagram, saya tahu itu adalah pencapaian yang luar biasa.

"Saya mendoakan yang terbaik untuk anda dan pasukan anda," katanya.

Pada 3 September lalu, Khairul Aming menerima menyambut kedatangan Luxon di restoran Hidang KL dan sempat menyediakan hidangan sarapan berupa roti jala air tangannya sendiri dan teh tarik.

Anak kelahiran Kota Bharu itu sinonim dengan siri video Ramadan berjudul 30 Hari 30 Resepi saban tahun.

Sehingga kini, graduan kejuruteraan mekanikal dari Universiti Vanderbilt di Amerika Syarikat memiliki dua kilang di Kota Bahru.