Zahirah nasihat tidak perlu stres turunkan berat lepas bersalin. 'Makan sahaja, anak dah besar saya diet'

Iklan

Zahirah pilih fokus pada anak dari berdiet.

RATA-rata wanita mengalami kenaikan berat badan sepanjang proses kehamilan. Setelah bersalin, ada yang terus mengambil peluang untuk turunkan semula berat supaya kembali ke bentuk badan asal.

Baru sahaja melepasi tempoh bersalin dan berpantang, pelakon Zahirah MacWilson mengakui buat masa ini dirinya tidak mengamalkan sebarang diet buat masa sekarang.

Iklan
Iklan

"Saya tidak diet langsung buat masa sekarang, tak mula lagi.

"Memang nak kembali ke rutin saya, pergi ke gim, tapi belum berkesempatan lagi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Lampin Feather AIR baharu dan pelantikan Zahirah sebagai duta Offsping.

Iklan

Direka bagi memenuhi keperluan segmen premium dan massa, Offspring FeatherAIR tersedia dalam dua varian – Comfort dan Premium. Offspring FeatherAIR Comfort membolehkan Offspring mencapai pasaran yang lebih luas, dengan menitikberatkan faktor keputusan utama bagi ibu bapa iaitu keselamatan tanpa kompromi, reka bentuk ringan, dan pengaliran udara yang tinggi.

Iklan

Bagi ibu bapa yang mencari penjagaan tambahan untuk kulit bayi yang halus dan penghapusan bakteria, Offspring FeatherAIR Premium yang mengandungi Ekstrak Shea Butter adalah pilihan yang ideal.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menasihati ibu di luar sana yang terburu-buru untuk turunkan berat badan selepas hamil supaya tidak terlalu tertekan untuk berbuat demikian dan beri tumpuan penuh pada anak.

"Jangan stres sangat kerana bila anda berada dalam tekanan ia akan mengganggu hormon dan aktiviti harian.

"Jangan fokus sangat nak kuruskan badan, kita baru bersalin. Jadi, tak perlu terburu-buru nak kembali pada berat sebelumnya. Boleh buat kemudian.

"Yang penting kita fokus pada anak dan beri yang terbaik untuk mereka. Sekarang makan sebanyak mana yang nak, bila anak dah besar, saya diet," tambah Zahirah.

Untuk rekod, Zahirah 29, sah bergelar isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, 35, pada 20 Februari 2020.

Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Isaac Raees dan Inara Raisa.