Cara anak berpakaian dihina, Che Ta buat laporan polis. 'Aku akan cari sampai lubang cacing'

Iklan

BENGANG dengan perbuatan individu yang melemparkan kata-kata kesat terhadap anaknya termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur, pelakon Rozita Che Wan bertindak membuat laporan polis.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta tekad mencari pelaku yang didakwa menghina anak perempuan tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana, 9, tanpa memikirkan kesan daripada perbuatan itu.

Iklan
Iklan

"Malas cakap banyak. Aku serahkan segalanya kepada pihak berkuasa.

"Siapa yang kurang ajar mengata anak aku, kau tunggu. Baik kau benam diri dalam tanah.

Iklan

"Kalau tidak pun tunggu, aku akan cari sampai lubang cacing. Kau main tahi dengan aku, kau akan kena,” katanya dalam Insta Story.

Biarpun akaun laman sosial individu berkenaan didapati sudah hilang dipercayai dipadamkan, selebriti berusia 51 tahun itu tetap akan berusaha menjejakinya.

Iklan

Malah Chet Ta juga ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang difahamkan untuk melaporkan isu sama.

"Tiada masalah (akaun Instagram hilang). Aku akan cari sampai lubang cacing.

"Silap besarlah cari fasal dengan aku,” jelasnya.

Menerusi Insta Story pengacara Borak Bibir Merah SinarPlus itu terdahulu mendedahkan pengguna laman sosial itu dengan menyamakan baju dipakai Aaisyah seperti pelacur dan tidak layak menerima wang hantaran tinggi.

Komen biadap itu muncul dipercayai datang dari sebuah akaun TikTok memuat naik video Aaisyah menggunakan tajuk yang mengundang salah faham.

Dalam rakaman sebuah video, pelakon Diari Ramadhan Rafique itu pernah meminta Aaisyah mempelajari kerja-kerja rumah dan berseloroh akan menerima wang hantaran perkahwinan yang tinggi berjumlah RM900,000 sekali gus melebih jumlah yang pernah diterimanya sebelum ini.