Inspirasi! Ezany Nizariff kini pengarah akademik, berlakon jika ada masa lapang

Iklan

PELAKON Ezany Nizariff tidak perlu diperkenalkan lagi. Terdahulu popular di kaca televisyen menerusi drama-drama rantaian, kelibat aktor berusia 51 tahun itu sudah jarang membintangi mana-mana drama.

Menerusi laman sosial TikTok, pelakon kelahiran Kangar, Perlis itu menjawab persoalan warga maya yang sudah lama tidak melihat kelibatnya dalam industri hiburan.

Iklan
Iklan

Menjawab kepada persoalan yang diajukan, Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @ Mohd Zohri Mohd Nizariff menjelaskan beliau kini mempunyai beberapa pekerjaan dan hanya akan berlakon jika ada masa yang sesuai.

"Ada beberapa pekerjaan yang perlu saya lakukan dan uruskan.

Iklan

"Saya hanya berlakon jika ada kelapangan dan waktu yang sesuai, insya-ALLAH," katanya.

Iklan

Aktor yang popular menerusi drama Amukan Pocong dan Tanah Kubur itu kini berkhidmat sebagai seorang pengarah akademik di sebuah universiti selepas berjaya memperoleh lesen mengajar dari salah sebuah universiti yang berpangkalan di United Kingdom (UK).

"Contohnya, kini saya (berkhidmat) sebagai pengarah akademik dan mempunyai lesen dari London Examinations Board di UK.

"(Lesen diperoleh) selepas saya jalani program sijil dan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan E-Dagang.

"Lesen ini boleh dijalankan dan digunakan di mana-mana negara dalam dunia," katanya.

Selain itu, Ezany juga menjelaskan beliau kini sibuk memenuhi undangan dalam program meningkatkan produktiviti pekerja.

"Sayadijemput untuk menjadi pensyarah bagi beberapa universiti dan kolej serta menjalankan program latihan untuk syarikat-syarikat untuk meningkatkan lagi produktiviti pekerja mereka," katanya.

Hantaran tersebut telah tular dan meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya kagum melihat Ezany yang tetap mementingkan pendidikan di samping kariernya sebagai seorang pelakon sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berharap anak-anak muda dapat menjadikan kejayaan Ezany ini sebagai satu inspirasi buat mereka untuk berjaya.

"Saya seronok tengok artis veteran rancang nilai tambah utk kelansungan karier pada masa hadapan.

Tahniah Mr Ezany."

"Saya salute pelakon yang bwawasan dan meneruskan pelajaran. Semoga menjadi pembakar semangat kepada anak muda."

"Diam-diam ubi. Tahniah Ezany."

Ezany terdahulu melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Gloucestershire University United Kingdom.