PELAKON Fattah Amin menuai perhatian selepas memuat naik gambar beliau dan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya di Instagram.
Pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin itu yang berkongsi hantaran turut mengucup pipi puteri kesayangannya itu dengan penuh kasih sayang serta meninggalkan emoji bentuk hati yang berwarna biru.
Turut meletakkan emoji berbentuk hati berwarna biru tanpa meletakkan sebarang kapsyen menerusi perkongsian yang dibuatnya itu, foto keluarga itu kini kelihatan tidak lengkap dan sempurna tanpa sosok tubuh isterinya, Nur Fazura.
'Doa yang baik-baik.' Fattah Amin kongsi gambar Fatima tanpa Fazura, warganet doakan sebutan kes dipermudah
Iklan