'Saya ada perasaan, bukan robot' - Fattah Amin

Iklan

KEHADIRAN pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura di yang hadir ke prosiding penceraian Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini menjadi perhatian ramai.

Ditemui wartawan selepas selesai prosiding, pelakon Mat Kilau itu menyatakan keyakinanya bahawa rezeki, ajal dan jodoh telah ditetapkan ALLAH.

Iklan
Iklan

Malah, ketika diajukan sama ada konflik perceraian itu mengganggu kerja, Fattah mengakui beliau juga manusia biasa.

"Saya sedih, itu perasaan saya.

Iklan

"Saya ada perasaan, saya bukannya robot," katanya.

Mengakui masih menyayangi Fazura, Fattah bagaimanapun enggan menjawab pertanyaan mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Iklan

Dalam pada itu, beliau memohon doa terbaik buatnya dalam menghadapi kemelut ini.

Fattah terdahulu terkejut dan sedih dan mengakui hanya mengetahui permohonan cerai dilakukan Fazura menerusi media sosial.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin memohon untuk bercerai mengikut Seksyen mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menerusi peguamnya.

Fattah dan Fazura sudah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.