'Jangan kata ‘live’, siaran tertunda pun mereka tak minat.' Ahmad Idham kesal masyarakat berhimpun di siaran langsung penceraian artis

Iklan

KEHADIRAN pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi tadi meraih perhatian ramai.

Orang ramai terutamanya peminat ingin mengetahui perkembangan konflik rumah tangga pasangan popular itu.

Bermula dari Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin memohon penceraian pada 13 September, pihak media mahupun warga maya tidak henti-henti membuat liputan serta spekulasi mengenai kemungkinan kepada penceraian itu.

Sehingga hari ini, orang ramai masih mengikuti perkembangan kes penceraian melibatkan pelakon Mat Kilau itu dengan menghabiskan masa berjam lamanya ketika siaran langsung di mahkamah hari ini.

Pelik dengan situasi itu, pengarah filem terkenal, Ahmad Idham meluahkan perasaannya dengan mengatakan masyarakat kini lebih tertumpu kepada isu negatif seperti kisah perceraian artis.

"Inilah realiti, artis nak lafaz cerai pun boleh ada live coverage.

Sementara perkara bermanfaat seperti artis meraikan hari konvokesyen langsung tidak diambil peduli masyarakat.

Ahmad dengan nada sinis berkata, adalah tidak mungkin siaran langsung akan dilakukan kerana masyarakat tidak akan menontonnya mahupun ia siaran tertunda.

"Artis konvokesyen, jangan kata live, siaran tertunda pun mereka tak minat,"ujarnya.

Perkongsian pengarah filem Pencuri Hati Mr. Cinderela itu di Instagram dipercayai selepas isu prosiding penceraian di antara Nur Fazura dan Fattah Amin.

Isu keretakan rumah tangga mereka menjadi topik hangat apabila dikatakan pasangan itu tidak lagi membuat hantaran bersama dalam akaun masing-masing.

Selepas itu, pada 13 September lalu, Fazura menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di mahkamah.

Fazura dan Fattah telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatimah Aisya.