Tahniah! Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos timang anak ketiga. 'Ambil berkat bulan kelahiran Rasulullah'

Iklan

TAHNIAH diucapkan buat pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos yang selamat menimang cahaya mata ketiga pada pukul 11.29 pagi pada pagi Khamis.

Ezzaty, 34, menerusi laman sosial Instagram menzahirkan kesyukuran apabila si kecil menjengah dunia pada bulan kelahiran dan kewafatan Rasulullah SAW iaitu Rabiulawal.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah syukur kepada ALLAH, dengan mengambil berkat bulan kelahiran Rasulullah, pada 21 Rabiulawal 1446 bersamaan 26 September 2024, bayi lelaki kami selamat dilahirkan.

"Baby dan saya dalam keadaan sihat. Terima kasih kepada yang mendoakan kami," kongsinya.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, warga maya mengucapkan ucapan tahniah dan mendoakan kesejanteraan pelakon filem Kau Takdirku dan bayinya.

Iklan

Terdahulu, Ezzaty hanya berkongsi tentang kehamilannya ketika kandungan memasuki sembilan bulan dan mendedahkan kandungan ketiganya itu lebih mencabar kerana mengalami alahan teruk.

Untuk rekod, Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan Azwan pada 16 Julai 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Harum Dalia,7, dan Ahmet, 2.