'Permulaan sebuah janji, lebih menyayangi diri sendiri.' Hantaran hari lahir Fazura jadi perhatian, video dengan arwah bapa menyentuh hati

Iklan

TARIKH 27 September merupakan ulang tahun kelahiran pelakon dan usahawan Nur Fazura, 41.

Iklan
Iklan

Dalam hantaran terbaharu di laman sosial Instagram miliknya, ibu kepada Nur Fatima Aisya itu sempat mencoretkan kata-kata semangat dan azamnya sempena hari istimewa ini.

"Permulaan sebuah janji, untuk lebih menyayangi diri sendiri.. 27 September 2024," titipnya.

Iklan

Terdahulu pelakon Lagenda Budak Setan dan Ayat-Ayat Cinta 2 itu memuat naik satu video dengan memaparkan beliau dan arwah bapanya Sharifuddin Adna yang telah meninggal dunia ketika beliau berusia 17 tahun.

Iklan

Dalam hantaran berkenaan, kelihatan dua beranak itu saling berpelukan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Tidak menulis sebarang kapsyen, selebriti yang sedang dalam proses penceraian dengan aktor Fattah Amin itu menggunakan lagu Di Saat Sendiri nyanyian Sharon Yang diiringi emoji hati berbalut dan ros merah yang menggambarkan dirinya sedang sakit menahan rindu terhadap arwah bapanya.

Tersentuh dengan dua perkongsian tersebut, rata-rata peminatnya turut menitipkan kata semangat di ruangan komen buat Fazura.

"Selamat hari lahir Fazura. Semoga beroleh ketenangan, kasih sayang, keberkatan serta kebahagiaan."

"Happy birthday Faz. Semoga baik-baik buat Faz, Fattah dan Fatimah."

"Semoga Mummy Fatima diberikan kekuatan yang luar biasa dan kesihatan yang baik. A happy daughter need a happy mommy."

Sekadar info, Fazura yang kini dalam proses perpisahan dengan aktor Fattah Amin. Mereka yang disatukan pada 27 November 2017 kini menunggu prosiding mahkamah seterusnya pada 7 Oktober depan.

Fazura terdahulu memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata tunggal, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.