Tahniah! Syafiqa Melvin selamat bersalin anak ketiga. 'Assalamualaikum Baby A'

Iklan

BEKAS pengacara Bersamamu, Syafiqa Melvin selamat menyambut kelahiran anak ketiganya di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

Berita gembira usahawan mesra disapa Kak Long itu dikongsikan beliau sendiri menerusi laman sosial Insta Story.

Iklan
Iklan

Menerusi platform itu, beberapa foto ibunya, Robiah Rahman dan adik-adik, Syifa Melvin dan Syida Melvin memangku si kecil.

"So cute masya-ALLAH," kongsi Syifa. Manakala ibu, Robiah teruja dengan kehadiran cucu baharu.

Iklan

"Alhamdulillah, cucu kesembilan," titipnya.

Iklan

Syida Melvin yang sedang hamil juga tidak ketinggalan meraikan kelahiran si kecil.

Syafiqa, 34, yang juga mesra disapa Mama Yong terdahulu berkongsi berita kehamilannya pada Ogos lalu.

Sekadar info, Syafiqa kembali bergelar isteri pada Disember tahun lalu.

Kakak kepada pelakon Syatilla Melvin itu pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 13 Julai 2012.

Namun jodoh mereka tidak lama apabila Zainal menghembuskan nafas terakhir akibat kanser darah pada 27 Ogos 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Zayyan Sufi, 10 dan Zahara Sumayya, 8.