Dipecat gara-gara tak beli kopi panas dan telur untuk bos setiap hari, pekerja wanita ini nekad balas dendam

Iklan

PELIK tapi benar. Gara-gara enggan membeli kopi panas dan telur yang diminta bos setiap pagi, seorang pekerja wanita dipecat serta-merta.

Lebih sakit hati, pemecatan tak masuk akal itu tak diberikan pampasan oleh pihak pengurusan sumber manusia instituti pendidikan berkenaan.

Iklan
Iklan

Lapor South China Morning Post, pekerja wanita yang mahu dikenali dengan nama Lou itu merupakan pekerja baharu di sebuah sekolah di Shanghai.

Nak dijadikan cerita, beliau diminta oleh penyelianya untuk membelikan sarapan tanpa sebarang alasan kukuh setiap hari.

Iklan

Tak cukup dengan itu, ketuanya juga memintanya untuk menyediakan sebotol air mineral sebagai minuman tambahan.

Iklan

Enggan menjadi mangsa ragging secara berterusan, wanita itu kemudian mengadu hal tersebut dalam kumpulan sembang kerja.

Bagaimanapun, segala maklumat yang dikongsikan sebagai luahan perasaan dikatakan sekadar mengadu domba sebelum Lou diberi amaran oleh pentadbir kumpulan grup.

Lagi membuatkan mangsa bengang, beliau tak semena-mena dipecat oleh Jabatan Sumber Manusia dan difahamkan tidak akan menerima sebarang pampasan.

Balas dendam

Melihat keadaan berat sebelah tersebut, Lou kemudian balas dendam dengan membuat tuntutan bayaran balik terhadap penyelianya atas pengalaman pahit yang disifatkan tak masuk akal.

Pun begitu, semua tuntutan tersebut dipandang sepi pihak pengurusan.

Muzik: Special Day oleh Material Gurl (Soundstripe)

Tidak mahu mengalah dan mahu penyelia diberikan hukuman setimpal, mangsa kemudiannya berkongsi pengalaman tersebut di media sosial Xiaohongshu.

Natijahnya, post berkenaan mencetuskan kemarahan pengguna media sosial di China, sekali gus menuntut keadilan buat pekerja tersebut.

Bukan saja dapat kecaman teruk, imej institusi pendidikan terbabit tercemar kerana amalan membuli pekerja.

Akibat kuasa viral dan tindak balas kepada orang ramai yang menghentam tanpa henti, syarikat tersebut tidak berdiam diri dan kemudian mengumumkan satu penyelesaian.

Menurut laporan media China, institusi pendidikan berkenaan mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap pemecatan penyelia tersebut.

Alasan diberikan kerana menyalahgunakan kuasa dan memaksa orang bawah membantu dalam hal peribadi.

Lou kemudiannya diberikan semula jawatannya dan difahamkan, tuntutan bayaran balik yang diminta masih belum ada jawapan.

Aduhai, macam-macam hal. Kalau setakat dua tiga kali nak kirim belikan makanan tak mengapalah, tapi ini sudah dikatakan jadi amalan setiap hari.

Sudahlah pekerja baharu yang belum stabil kedudukannya, ditambah beban nak membeli makanan buat bos yang suka salah guna kuasa.

Harap kejadian sama tak berlakulah di Malaysia ya. Kalau ada berlaku di tempat kerja kalian, apa yang perlu dilakukan?