PEMPENGARUH dan usahawan, Jofli Abu Bakar berkongsi luahan mengenai isu rumah tangganya yang hangat dan diperkata ramai.
Hingga ke saat ini, Jofli mendakwa terpaksa mempertahankan diri melalui hantarannya di media sosial kerana tiada lagi tempat yang boleh diluahkan segala-galanya.
"Tiada siapa yang cuba lindungi saya walaupun tahu cerita sebenar, walaupun @cikepal06 (isteri) sendiri.
Jofli atau lebih mesra dipanggil Jo atau Jofliam berkata segalanya bermula ketika dia dan kakitangan Pizza Wagyu Jofliam terbang ke Jepun bagi perkembangan dan hala tuju perniagaannya.
Beliau mendakwa, percutian itu juga telah menimbulkan perasaan iri hati sesama pasukan serta pemikiran toksik sehingga menimbulkan fitnah yang berleluasa.
Selepas beberapa kejadian yang berlaku di kota cinta Paris, bapa kepada dua cahaya mata itu telah dikaitkan dengan aktiviti curang bersama pekerjanya yang bernama Dewi.
"Cik Epal (isteri) bertanyakan tentang wang RM2,000 yang diberikan kepada Dewi.
"Saya cuba untuk menjelaskan, tapi malangnya saya hanya nampak reaksi was-was dari isteri saya, dan dia berpendapat bahawa saya ada hubungan dengan Dewi.
Keadaan menjadi lebih keruh apabila, usahawan piza wagyu itu dikatakan seakan-akan melindungi Dewi yang juga isteri orang pada hari solidariti bersama Palestin kerana memasang bendera negara itu secara terbalik kepada pelanggan.
"Cik Epal tanya siapa yang pasang, saya nak pendekkan cerita cakap saya yang pasang supaya isu itu tutup.
"Tapi malangnya, ada orang (kakak kandung) memberitahu Cik Epal yang pasang bendera itu adalah (hanya) dewi seorang.
Sebagai info, Dewi merupakan pembantu peribadi kepada Cef Piza bertauliah itu terutamanya dalam menguruskan pertandingan di Copenhagen pada Jun lalu.
Dalam coretan panjang, Jofliam masih tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai perceraian antara dia dan isteri atau nama sebenarnya Murni Mahmud pada dua minggu yang lalu.
Namun ia dipercayai berpunca daripada salah faham yang timbul sejak empat bulan yang lalu.
"Saya sebenarnya selama empat bulan memang tidak apa-apa masalah.Namun, isteri saya lebih percayakan orang lain berbanding mempercayai suaminya sendiri.
Terbaharu, pengakuan Jofliam telah mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat yang meminati pasangan sejoli itu.
"Cik Epal bukan lagi isteri saya dua minggu yang lepas. Saya sepatutnya announce awal tapi menurut je. Akhirnya makan diri saya semula,” ujarnya.