[DIKEMAS KINI] INSIDEN pokok tumbang menghempap kenderaan di ibu kembali berulang apabila sebatang daripadanya dilaporkan berlaku di hadapan Menara Prestige, Jalan Pinang.
Ia terjadi susulan hujan lebat dan angin kuat petang ini. Lokasi kejadian difahamkan berhadapan Kuwait Bank.
Sebanyak lapan kenderaan melibatkan tiga buah kereta dan lima motosikal dihempap dalam kejadian pada jam 3 petang itu.
Rakaman yang tular di laman sosial WhatsApp memaparkan deretan motosikal dan kereta diparkir dihempap pokok besar berkenaan.
Baca juga: Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu
Baca juga: Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu
Menurut perkongsian Facebook Hot FM, pokok yang tumbang hampir mengenai kenderaan dinaiki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Baca juga: Meninggal ketika mencari rezeki, hujan lebat di ibu kota ragut nyawa
Bagaimanapun, keadaan beliau dan kenderaan yang dinaiki jenis Lexus 350 dilaporkan dalam keadaan selamat.
Susulan kejadian itu, laluan tersebut terpaksa ditutup sementara bagi proses pembersihan.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.
28 POKOK BERISIKO
Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaporkan telah mengenal pasti 28 pokok berisiko tinggi di pusat bandar dan menjadualkannya untuk dibuang
Menurut New Straits Times, susulan insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail minggu lalu, DBKL telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengambil langkah untuk mengenal pasti pokok tua dan berisiko tinggi sejak 2019.
Baca juga: 135 tahun megah berdiri akhirnya rebah ke bumi, pokok ikon Taman Tasik Taiping tumbang dipukul ribut
Baca juga: 136 tahun berdiri gagah, pokok ikon Taman Tasik Taiping disahkan reput, berikut 7 info mengenainya
Ujarnya, pokok berisiko tinggi adalah pokok yang berpotensi tinggi untuk kegagalan struktur dan runtuh.
"Ia dikenal pasti melalui penggunaan resistograf, picus tomograph, atau penilaian visual untuk mengesan kecacatan pokok, seperti dahan atau akar yang rosak atau reput, struktur pokok yang condong atau tidak seimbang, dan rekahan pada dahan dan pangkal pokok.
"Tindakan lanjut, seperti pemangkasan, pengurangan saiz kanopi pokok (crown reduction) pemangkasan terpilih dan penebangan akan dilakukan mengikut keperluan," katanya.
'TEBANG POKOK BERISIKO TINGGI' - DR ZALIHA
Susulan kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan segera dengan menebang pokok yang berisiko tinggi di Kuala Lumpur.
Ia susulan berlaku insiden pokok tumbang pada Isnin yang hanya berselang seminggu dari kejadian di Jalan Sultan Ismail.
Beliau berkata, pada masa sama, DBKL juga telah diarahkan untuk menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka siap pada Julai 2024 agar insiden sama tidak berulang dalam jangka masa panjang
"Bagi memastikan kelestarian alam terus dijaga dan diberi perhatian, DBKL juga perlu memperincikan program penggantian semula pokok termasuk meneliti kaedah-kaedah bagi memastikan pokok terbabit utuh dan selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!