'Comelnya, persis Abang Hayder.' Eyra Hazali kongsi wajah anak ketiga, pilih nama nabi

Iklan

SELAMAT menimang cahaya mata ketiga 26 September lalu, pelakon Eyra Hazali akhirnya mendedahkan wajah putera ketiganya di Instagram.

Eyra atau nama penuhnya Hazirah Qasdina Hazali, 25, memuat naik foto keluarga sambil memperkenal nama si kecil.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum Muhammad Hud Ezqandar ," kongsinya.

Iklan

Pelakon drama Mr Grey itu terdahulu berkongsi berita sudah bersalin dan kelahiran Hud dan turut memuat naik foto suaminya, Haziq Nadzli mendukung bayi mereka.

Beliau juga memaklumkan bayi ketiganya itu sepatutnya dilahirkan 18 Oktober mengikut tarikh jangkaan.

Iklan

Eyra berkahwin dengan Haziq yang juga penjaga gol Perak FC dan bekas pemain JDT pada 1 November 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 4, dan Muhammad Endra Haqimie, 2.