Isi daging dan keju melimpah memang puas makan, ini 5 destinasi tacos viral bikin ramai sanggup beratur panjang

Iklan

SELERA orang zaman sekarang memang pelbagai. Apatah lagi jika ia melibatkan menu viral dengan isi melimpah, pasti ada yang sanggup beratur panjang semata-mata mahu membelinya.

Lagi unik jika pengusaha makanan itu sendiri genius mengolah resipi tersendiri untuk menarik pelanggan untuk terus datang ke premisnya.

Iklan
Iklan

Taco, misalnya antara sajian tradisi Mexico yang semakin dekat dalam hati rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, tortilla yang disumbat dengan pelbagai jenis daging yang diperap dengan rempah-ratus terpilih, bawang, sayuran dan keju sebelum dimakan panas-panas.

Iklan

Lagi enak dinikmati bersama salsa, guacamole atau krim masam yang menaikkan lagi rasa makanan jalanan popular tersebut.

Iklan

Bermula 21 hingga 22 September 2024, acara Nasi Kandaq Fest 2.0 ini dimeriahkan dengan 11 penjual nasi kandar utama negara.

Nah! Buat kalian yang gemarkan hidangan sedemikian, SinarPlus senaraikan lima destinasi viral yang bikin ramai sanggup beratur panjang. Berikut perincian:

Loco Boys

  • Alamat: 70, Jalan Adda 7, Adda Heights, Johor Bahru, Johor
  • Waktu operasi: 1 tengah hari hingga 6 petang
  • Instagram: @locoboys.jb
  • TikTok: @locoboys.jb

Comienzo by Los Primos Locos

  • Alamat: Eco Ardence, 35, Jalan Eco Ardence D U12/36D, Seksyen, U12 Shah Alam, Shah Alam, Selangor
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
  • Instagram: @comienzomy
  • TikTok: @comienzomy

ROLLO Mexican Food

  • Alamat: Dagang Avenue Food Court G-22, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, Ampang, Selangor
  • Waktu operasi: 4 petang hingga 12 malam
  • Facebook: ROLLO Mexican Food
  • Instagram: @rollomexicanfood
  • TikTok: @rollomexicanfoodampang

TACOS CALIENTE

  • Alamat: Cawangan Seberang Takir dan Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu operasi: Bermula jam 5 petang (Seberang Takir) dan 1 petang (Batu Buruk)
  • TikTok: @tacoscaliente

AAA TACOS

  • Alamat: Lot 2151, Jalan Tanjung Pauh, Kampung Baru Tanjung Pauh, Jitra, Kedah
  • Waktu operasi: 1 pagi hingga 12 malam
  • Facebook: Tasty Bites Jitra
  • Instagram: @aaa_birriatacos
  • TikTok: @aaabirriatacos

Jika berlapangan dan berhampiran lokasi yang disenaraikan, bolehlah singgah bersama kawan atau famili.

Okey, selamat mencuba!