Ujarnya lagi, bapa berkenaan akan berjalan kaki bersama dua orang anaknya di dua buah sekolah berbeza.
"Sekolah Izara agak jauh jika dibandingkan dengan sekolah kakaknya.
"Kakaknya di sekolah menengah dalam Tingkatan Dua yang mana jaraknya hanya 1.5km dari rumah. Jarak sekolah Izara pula 3km dari rumah dan Izara dalam Tahun Enam.
"Sebelum ini anak-anak ini dihantar dengan motosikal oleh bapanya. Namun malangnya motor itu dah rosak dan masalah kewangan menghalang untuk motor itu dibaiki," kongsinya.
Kegigihan dan kesanggupan warga emas itu dipujiTokoh Anugerah Khas Maulidur Rasul bagi 2024 peringkat Wilayah Persekutuan itu. Dalam masa yang sama. beliau berharap ia menjadi inspirasi kepada ibu bapa yang lain.
Satu komitmen yang harus diikuti oleh orang lain," katanya.
Dalam pada itu, menurut Azhan, si adik merupakan pelajar yang tekun dan berpotensi.
"Izara adalah anak yang rajin belajar. Sampai sahaja di rumah Izara terusbuka beg sekolah dan mengulangkaji pelajaran.
"Disebabkan komitmen Izara kepada pelajaran, maka Abbe akan sediakan biasiswa bulanan buat Izara bermula pada Oktober 2024," kongsinya.
Azhan melalui badan kebajikannya, Pertubuhan Jejak Jalanan berkata ihaknya akan menyalurkan bantuan untuk memperbaiki motosikal bapa berkenaan.
"Abbe telah minta bantuan pemberi maklumat untuk menghantar motosikal ke bengkel secepat mungkin agar mereka tidak lagi perlu berjalan kaki ke sekolah. Segala kos ditangung oleh pihak kami.
"Semoga Izara menjadi anak yang berjaya satu ketika nanti..
"Terima kasih buat pemberi maklumat, Jep dan imam Masjid Kampung Bukit Abal.
"Jutaan terima kasih juga buat penduduk setempat yang sering menumpangkan keluarga ini ke sekolah," katanya.
Warganet terharu dan sayu dengan perkongsian berkenaan menitipkan rasa simpati dan mendoakan agar keluarga berkenaan dimurahkan rezeki manakala Izara serta kakaknya berjaya dalam hidup.
Ujar mereka:
"Alhamdulillah orang macam inilah yang patut dibantu. Walaupun susah tetapi matang berfikir. Tetap hantar anak ke sekolah dan anak pula mahu berjaya serta berhati besar. Ayah yang baik dan sayangkan anak-anak akan sanggup berkorban apa sahaja."
"Alhamdulillah, semoga Izara berjaya dan menjadi anak yang solehah. Moga ALLAH pemudah urusan keluarga ini."
"Alhamdullilah.Terima kasih kerana membantu. Kami adik-beradik dahulu pun berjalan kaki 2.5km ke sekolah. Namun kami tidak sesusah adik keluarga adik ini. Pengalaman manis buat kami yang akan dikenang selama-lamanya."Sumber: Facebook