Tikam & samun pemandu e-hailing, suspek penumpang wanita ini cuba curi kereta untuk bercuti dan bekerja di Australia

Iklan

SEORANG pemandu e-hailing hampir kehilangan nyawa apabila ditikam pada leher oleh penumpang wanita.

Pada mulanya, wanita yang dikenali sebagai ML memesan perkhidmatan e-hailing ke sebuah kedai fotostat dari kediamannya.

Iklan
Iklan

Sampai di kedai, suspek memulakan modus operandi dengan memesan perkhidmatan e-hailing kedua ke Gunung Anyar Tambak, Surabaya, Jawa Timur dengan menggunakan telefon milik orang lain.

Berlakon seperti penumpang biasa, suspek telah memasuki kenderaan milik mangsa yang bernama Pujianto dan duduk di kerusi bahagian penumpang belakang.

Iklan

Ketika dalam perjalanan ke destinasi, suspek bertindak menjerut leher mangsa dengan menggunakan tali beg tangan.

Belum sempat mangsa melarikan diri, suspek kemudian bertindak lebih agresif dengan menikam leher pemandu tersebut kerana melawan.

Iklan

Dengan kesakitan yang ditanggung, mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu bahagian hadapan kereta dalam keadaan leher masih tertusuk pisau.

Suspek dengan panik memandu kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) milik mangsa ke kawasan perumahan untuk bersembunyi dari jenayah yang dilakukan.

Orang ramai yang melihat kejadian itu berusaha mengejar kenderaan berwarna putih yang dipandu oleh suspek.

Kurang 100 meter dari tempat kejadian, suspek dikatakan melanggar kenderaan milik orang awam kerana tidak mahir dengan selok belok kawasan perumahan terbabit.

Akibat daripada itu, kenderaan jenis Daihatsu Sigra telah mengalami kerosakan di bahagian tayar hadapan sehingga menyebabkan kenderaan tidak dapat bergerak.

Suspek cuba melarikan diri ke kawasan hutan paya bakau namun berjaya ditahan oleh orang awam.

Penumpang yang berasal dari Nusa Tenggara Timur (NTT) itu merancang untuk mencuri kenderaan milik mangsa dan menjualnya di atas talian.

Hasil dari jualan itu, suspek merancang untuk bercuti dan mendapatkan perkerjaan di Australia.

Wanita itu kini ditahan oleh pihak polis kerana mencuri dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sembilan tahun.