'Labbaikallah humma labbaik...' Sharifah Zarina seakan sedang bertawaf ketika masih khayal kesan ubat bius jadi perhatian warganet

Iklan

PENYANYI Sharifah Zarina menjadi perhatian warganet selepas video memaparkan beliau seakan sedang tawaf di Tanah Suci walhal ketika itu masih lagi dibawah sedar susulan suntikan bius.

Pergerakan pemilik nama Sharifah Zarina Wan Hassan, 43, sewaktu di hospital itu dirakam anak sulungnya, Athalia Deena.

Iklan
Iklan

Athalia yang bertanggungjawab memuat naik situasi ibunya yang masih lagi belum sedar sepenuhnya di wad selepas menjalani pembedahan tidak menyangka sempat merakamkan momen berkenaan.

Menerusi video berkenaan, Athalia merakam pelantun lagu Langit Ketujuh itu membaca bacaah-bacaan yang sering diucapkan jemaah yang sedang bertawaf.

Iklan

"Tak sangka daopat saksikan saat berharga mama ketika masih dalam pengaruh bius.

"Solat dalam keadaan tidak sedar.

Iklan

"If it was me, entahlah apa yg akan jadi," kongsi Athalia.

Sharifah Zarina juga melakukan pergerakan seolah-olah sedang bersolat biarpun dalam keadaan terbaring serta mata terutup.

Artikel berkaitan:

Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia ketika solat di masjid

Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu terdahulu memaklumkan akan menjalani melakukan pembedahan membuang batu karang pada buah pinggang kanan.

Difahamkan, proses pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan Sharifah Zarina beransur pulih.

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet. Rata-rata menzahirkan kekaguman di samping dan menitipkan doa agar Sharifah Zarina kembali sihat.

Ujar mereka:

"Masya-ALLLAH. Pergerakannya seperti tunai solat walaupun dalam keadaan sakit. Semoga diberikan kesembuhan segera Aamiinn allahu yashfik 'illa Sharifah Zarina."

"Fi amannillah buat Sharifah Zarina."

"Subhanallah. Apa amalannya selama hidupnya. Unconscious pun imannya setebal ini."

"Allahu, dia nampak Kaabah."

Terdahulu batu karang dalam buah pinggang Sharifah Zarina hanya selepas beliau tiba-tiba mengalami sakit perut dan pinggang semasa bersenam.