Penyanyi Sheeda dan bekas suami hadir konvokesyen arwah anak - 'Arwah dah buktikan dia berjaya'

Iklan

PENYANYI dangdut Sheeda dan bekas suami hadir ke istiadat konvokesyen anaknya, Allahyarham Nurfazlinda Ahmad Fazli baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik, Ahmad Fazli Mohammad mengucapkan ucapan syukur dengan arwah anaknya itu.

Iklan
Iklan

Walaupun berat untuk menerima kenyataan, mereka percaya bahawa itu adalah ujian yang telah ditetapkan oleh YANG MAHA ESA.

"Alhamdulillah, hari ini merupakan detik bersejarah..pahit atau manis hanya tuhan sahaja tahu.

Iklan

"Berat kaki melangkah, namun inilah ujian. Konvo tanpa puteriku," ujarnya.

Walaupun sudah enam bulan sejak pemergian puteri kesayangannya, pasangan itu amat berbangga dengan pencapaian anak perempuan mereka.

Iklan

"Sebagai seorang bapa dan ibu, kami tetap bangga walaupun dalam kesedihan.

"Sudah enam bulan dia meninggalkan kita, tapi kami sebagai ibu dan ayah (menganggap) dia sudah berjaya.

Meskipun hadir tanpa arwah, Sheeda atau nama sebenarnya Sayyida Beevi M. Shahrul Hameed dan bekas suami tetap hadir untuk memenuhi hasrat anaknya ketika masih hidup.

"Di hari konvokesyen, seperti mana hasratnya..kalau dia tak ada, ibu bapanya ada. Semoga ALLAH merahmati anak kami.

Terdahulu, arwah yang juga adik kepada penyanyi Bienda itu meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 pagi 28 Mac lalu dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak.

Arwah Nur Fazlinda adalah cahaya mata Sheeda bersama bekas suami keduanya, Ahmad Fazli Mohammad yang bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ketika Allahyarham berusia 13 tahun.