Bas sekolah terbakar, jasad guru ditemui peluk murid runtun hati. Guna badan sebagai perisai lindung murid hingga ke hujung nyawa

Iklan

TRAGIS dan memilukan. Demikian perkataan tepat menggambarkan kemalangan tragis yang meragut nyawa 23 hingga 25 orang korban di Thailand.

Memetik laporan KhaoSod, bas yang membawa 44 ahli rombongan sekolah temasuk pelajar usia tiga hingga sembilan tahun dan guru Sekolah Wat Khao Phra Ya Sangkharam, wilayah Uthai Thani dikatakan dalam perjalanan dari Ayutthaya Historical Park dan menuju ke pusat pembelajaran Pejabat Penjanaan Elektrik Phra Ram 6 di daerah Bang Kruay Nonthaburi.

Iklan
Iklan

Namun apabila tiba di pinggir bandar Nonthaburi di utara Bangkok, tayar bas berkenaan pecah menyebabkan kenderaan itu terbabas dan hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan.

Iklan

Kemalangan yang berlaku mencetuskan api pada tangki bahan bakar kenderaan yang menggunakan gas mampat itu.

Rakaman video kebakaran yang menunjukkan api menyambar bas ketika ia terbakar di bawah jejantas dan asap hitam pekat berkepul-kepul beredar di laman sosial meruntun hati warganet.

Iklan

Artikel berkaitan:

24 anak kecil, guru taska hamil maut, berikut kronologi kes amuk tragis bekas polis di Thailand

GURU MUDA BERKORBAN HINGGA KE HUJUNG NYAWA

Salah seorang daripada tiga guru yang maut, Cikgu Kanokwan Sripong menjadi tular kerana pengorbanannya sehingga ke akhir nyawa.

Difahamkan, ibu guru berkenaan tersebut cuba menghubunginya namun tidak mendapat jawapan.

Lebih memilukan, guru muda itu baru sahaja menghadiri majlis graduasinya pada 26 September lalu.

Pasukan penyelamat yang menemui mayatnya dan melaporkan bahawa dia ditemui sedang memeluk seorang muridnya.

"Dia adalah salah seorang guru kehilangan nyawa mereka dalam kebakaran bas di Thailand yang turut membawa pelajar tadika pulang dari lawatan. Bersamanya, dua lagi guru dan 22 kanak-kanak maut dalam kemalangan itu.

"Sehingga nafas terakhirnya, dia melindungi murid. Menggunakan badannya sebagai perisai. Jasad Cikgu Kanokwan ditemukan didapati memegang seorang kanak-kanak dalam pelukannya.

"Jika anak-anak anda dikurniakan seorang guru yang benar-benar mengambil berat terhadap mereka seperti anak mereka sendiri, anda bertuah.

"Tenanglah, Cikgu Kanokwan, guru-guru dan anak-anak kecil yang terkorban," titip sebuah page di Facebook.

Menurut pesuruhjaya sains forensik Trairong Phiwpan, seramai 25 mangsa yang maut telah telah dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

PEMANDU SERAH DIRI

Memetik laporan Thaiger, tindakan pemandu berkenaan, Saman Chanphut, 48, yang sempat menyelamatkan lapan murid sebelum melarikan diri selepas cuba memadamkan kebakaran menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Beliau yang sudah menyelamatkan lapan mangsa dikatakan meninggalkan tempat kejadian dan mencari perlindungan di rumah saudara menyebabkan dirinya dikecam oleh warga maya.

Bagaimanapun, seorang guru yang terselamat berkata Saman telah berusaha menyelamatkan semua mangsa sebelum melarikan diri dalam keadaan panik.

Sebuah video memaparkan beliau membawa tong pemadam kebakaran menjadi bukti.

Namun siasatan pihak berkuasa mendapati bas berkenaan dipasang 10 tabung gas asli (NGV) dan pemasangannya sedang disemak sama ada dipasang dengan betul. Selain itu, pintu kecemasan juga didapati tidak berfungsi.

Berikutan tekanan orang ramai, Saman akhirnya menyerahkan diri di Balai Polis Wiset Chai Chan di wilayah tengah Ang Thong malam tadi.

Sumber: Thaiger