Wardina sebak, rindu momen anak masih kecil. 'Amna sudah kahwin, Azra bakal masuk univeristi & Imran sudah jadi imam'

Iklan

BEKAS pengacara dan pelakon, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot sentiasa menjadi perhatian para peminat biarpun tinggal jauh di Brisbane, Australia.

Seperti kebanyakan ibu, Wardina, 45, tidak terlepas daripada dicengkam rindu apabila anak-anak meningkat dewasa.

Iklan
Iklan

Ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi itu memuat naik video memaparkan permata hatinya semasa kecil.

Iklan

Mengimbas kenangan ketika bergelar ibu muda yang mengasuh anak kecil, pemegang watak Misha dalam sitkom Spanar Jaya itu mengakui sebak.

"Semua kenangan ini. Sebak. Kerana semua sudah besar.

Iklan

"Saya telah mencuba untuk menjadi ibu yang terbaik. Saya menyayangi mereka dengan sepenuh hati. Semoga ALLAH merahmati anak-anak kita semua.

"Saya merindui mereka sekecil ini. ALLAH, masa berlalu begitu saja.

"Anda telah melakukan yang terbaik sebagai mama dan sememangnya tiada yang setanding dengan kasih sayang seorang ibu.

Isteri kesayangan arkitek, Ikhwan Johari itu mendedahkan, menjadi ibu bukan perkara yang mudah. Kesilapan boleh terjadi kerana tiada siapa yang sempurna.

"Izinkan saya berkongsi dengan anda satu fakta. (Mendidik anak ini) akan ada cabaran iaitu mereka kita mungkin akan melakukan kesilapan dan tergelincir.

Bekas peserta Dewi Remaja 1997/98 itu juga mengakui dalam mendidik, ibu bapa juga banyak belajar daripada cahaya mata masing-masing. Beliau juga menjelaskan anak-anak perlu disayangi tanpa syarat.

"Sebanyak mana ibu mengajar anak-anaknya, ibu juga akan belajar daripada mereka. Mereka (anak-anak) juga akan mendidik ibu tentang merendah diri, lebih teguh iman, tawakal, kesabaran dan bertanggungjawab.

"Anak-anak tidak kira apa pun akan kekal sebagai anak anda dan berhak untuk disayangi tanpa syarat.

"Walaupun ibu-ibu rasa ingin berputus asa, tolong jangan. Saya percaya dengan bersikap tegas mereka akan menyayangi mereka sepenuh hati.

Wardina dan keluarga ketika majlis persandingan anak sulungnya, Amna Nafeesa pada Januari lalu.

"Amna dah kahwin, Azra akan masuk universiti and Imran pula sudah boleh memandu kereta dan menjadi imam. Tidak lagi kecil seperti dahulu," kongsinya.

Sekadar info, Wardina pernah menjadi pernah menjadi inspirasi wanita berhijab di Malaysia.

Pelakon Lagi-Lagi Senario itu berkahwin dengan Ikhwan Johari pada September 2002.

Selain memiliki kelulusan dalam bidang psikologi, beliau juga menggenggam ijazah dalam bidang hiasan dalaman daripada Centre for Advance Design (CENFAD) Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram Wardina