Lepas 7 bulan, Fatin Afeefa & suami dedah wajah anak, warganet kagum tahap privasi. 'Kami mahu jadi ibu bapa tenang'

Iklan

PELAKON Fatin Afeefa mengejutkan ramai apabila akhirnya mendedahkan status zuriatnya bersama suami, Aliff Awang.

Sekian lama mengunci mulut, segala-galanya terungkai selepas secara terbuka mendedahkan anak lelaki mereka yang dinamakan Muhammad Jibril, tujuh bulan.

Terdahulu, bapa muda itu memuat naik foto bersama seorang bayi.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Kehidupan yang cantik sebagai seorang bapa. Agak sibuk sejak kebelakangan ini untuk menghabiskan masa bersama anak yang comel, bijak dan bersemangat," kongsinya.

Opai dalam masa yang sama memaklumkan beliau berkongsi kelahiran anak sulungnya kepada umum selepas dimarahi ibu dan isteri.

"Esok akikah anak kami dan hanya bawah 10 orang sahaja yang tahu sebab kami mahu jadi ibu bapa yang tenang.



"Ini anak kami berdua yang sudah berusia tujuh bulan. Kenapa baru sekarang nak beritahu mengenai anak?.

Sementara itu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, turut berkongsi sekeping gambar anak-anaknya di Insta Story bersama si kecil itu bayi tetapi bahagian wajah ditutup.



Terdahulu, pernah timbul spekulasi pelakon Tentang Bulan itu sedang hamil selain timbul desas-desus mengatakan beliau sudah melahirkan cahaya mata.

Sekadar info, Fatin dan Opai diijabkabulkan pada Disember 2022.



Menerusi perkahwinan pertama, Fatin sudah mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.