Raysha Rizrose teruja bakal timang bayi perempuan hujung tahun ini

Iklan

TAHNIAH diucapkan buat Raysha Rizrose kerana bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsikan pelakon, Aprena Manrose yang juga sepupu Raysha ketika menghadiri majlis ‘gender reveal’ yang diadakan pasangan tersebut.

Iklan
Iklan

Dalam video yang dikongsikan, Raysha atau pemilik nama Farza Naquraisha Mohd Fariz dilihat begitu teruja selepas mengetahui bakal menimang cahaya mata perempuan.

"Muka awak dada (Raysha), terkejut sangat tu. Bayi perempuan,”ujarnya.

Iklan

Menerusi hantaran di Instastory, majlis tersebut dipercayai diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat handai pada Ahad.

Pada 7 september lalu, Raysha memuat naik sebuah video momen romantis bersama suami, Nabil Jeffri yang memaparkan bahagian perut semakin membesar.

Iklan

Kandungan isteri kepada pelumba Formula 2 itu kini sudah memasuki usia tujuh bulan dan pelakon drama Cindai itu dijangka bersalin pada hujung tahun ini.

Untuk rekod, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari tahun lalu iaitu dua bulan selepas mereka bertunang.