'Sudah lama sengsara, Fattah abai nafkah saya dan Fatima sekian lama' - Fazura

Iklan

PERCERAIAN pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin menjadi tumpuan ramai.

Fazura sempat bertemu media selepas prosiding mahkamah mendedahkan bekas suaminya itu tidak memberikan nafkah dan melakukan kecurangan di belakangnya.

Iklan
Iklan

Menurut pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 41, beliau sudah dua tahun berada dalam derita dan rumah tangga yang tidak bahagia.

"Bertahun-tahun saya hidup dalam sengsara. Saya reda dengan perceraian ini. Dua tahun saya hidup dalam keadaan itu (sengsara).

Iklan

"Fattah telah abaikan nafkah saya dan Fatima. Kami juga tiada persefahaman, kami sudah lama tidak bahagia. Saya sudah lama bertahan dalam situasi ini (tidak bahagia).

"Tetapi saya ambil pendekatan untuk kunci mulut kerana memikirkan tentang anak. Emosi dan mental saya sangat terganggu, saya tertekan," kongsi Fazura sambil menitiskan air mata.

Iklan

Fazura berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Isnin.

Terdahulu, Fattah melafazkan cerai terhadap Fazura pada jam 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Perkara itu didedahkan oleh peguam yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan turut menafikan curang menjadi punca anak guamnya memfailkan perceraian terhadap Fattah.

Fakhrul berkata, perceraian itu berpunca kerana tiada persefahaman antara mereka.

Sebelum ini, mahkamah menangguhkan kes perceraian susulan menerima cadangan baharu daripada defendan yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.

Untuk rekod, pasangan yang popular dengan singkatan Fattzura itu diijabkabulkan pada 27 November 2017 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Aisya Fatima, 4.