Fattah pertahankan diri, sangkal jadi punca keretakan rumah tangga

Iklan

PELAKON Fattah Amin kesal dan tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan bekas isterinya, Nur Fazura yang mendakwa beliau culas dalam memberi nafkah.

Sebaliknya, juara Hero Remaja itu berkata, beliau masih menyimpan bukti transaksi duit untuk menunjukkan dirinya telah menjalankan amanah sebagai seorang suami dan ayah.

Iklan
Iklan

"Jangan main sentimen tidak beri nafkah, saya ada bukti ke mana wang saya dikeluarkan.

"Mungkin dia rasa tidak cukup, tapi jangan cakap saya tak bagi nafkah,"tegas Fattah selepas sah bercerai, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.

Iklan

Ayah kepada Nur Fatima Aisya turut menepis dakwaan yang ditimbulkan Fazura bahawa diribnya berlaku curang sehingga pernah membawa wanita bukan muhrim menaiki kenderaan yang dibeli bekas isteri.

"Salah! Itu (kereta) adalah daripada syarikat kerana saya bekerja dengan (syarikat) Fazura.

Iklan

"Semua orang tahu saya bekerja dengan syarikatnya.Gaji saya ditolak untuk bayar kereta itu.

Dalam masa sama, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu masih bertanya-tanya mengenai masalah ketidakfahaman yang menjadi punca kepada keretakan keluarga kecilnya.

"Saya berusaha hubungi dia (isteri) hampir setiap hari. Call tak angkat, whattApp jarang balas.

"Sepatutnya sebelum bercerai, kita sebagai suami isteri perlu berbincang tetapi bila buat keputusan sendiri (sebelah pihak) akan banyak kesan-kesan selepas itu," ujarnya.