Pernah menjadi teman istimewa, nasihat Sherry Ibrahim buat Fattah Amin jadi perhatian

Iklan

PERCERAIAN pelakon Fattah Amin dan Fazura menjadi perhatian ramai termasuklah rakan selebriti.

Iklan
Iklan

Aktres Sherry Ibrahim tidak ketinggalan menitipkan nasihat dan kata-kata semangat buat pelakon Mat Kilau itu hingga menuai tumpuan warga maya.

Dalam hantaran di Instagram, Sherry mendoakan semoga pemilik nama sebenar, Abdul Fattah Amin dipermudah urusan oleh ALLAH SWT.

Iklan

"Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan dan bangkit untuk mulakan hidup yang baru.

"Kuatkan diri demi Fatima, ibu, ayah dan adik-adik yang sentiasa ada di sisi.

Iklan

"Perjalanan hidup ini tidak mudah tapi dengan ketabahan, insya-ALLAH pasti akan membuka jalan untuk masa depan yang Iebih baik.

Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi warga maya. Ada yang menyokong tindakan Sherry memberikan nasihat buat bekas teman lelakinya itu namun tidak kurang yang kurang bersetuju serta menyatakan ia tidak sesuai pada masa ini.

Ujar mereka:

"Sherry memang baik. Beliau adalah bekas teman wanita Ashraf Muslim dan Fattah Amin. Dia hanya bagi kata-kata semangat untuk sahabat."

"Walaupun bekas teman lelaki, sebagai seorang manusia. Perlu memaafkan dan mendoakan. Tiada salah rasanya berikan kata-kata semangat."

"Lebih molek kiranya titipkan doa buat ketiga-tiga mereka, Fattah, Fatima dan Fazura."

Untuk rekod, Sherry dan Fattah pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun berpisah pada 2016.

Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bistari.