'Bodyguard Along, cukuplah ibu & ayah tercinta.' Doa moga tak dicaci, dihina, hantaran keluarga Fattah Amin undang sebak

Iklan

PERCERAIAN aktor Fattah Amin menjadi perhatian ramai. Tidak seperti kebanyakan selebriti lain yang membawa bersama deretan pengawal peribadi ketika menghadiri prosiding di mahkamah, Fattah hanya membawa kedua ibu bapa dan peguamnya.

Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Amin bertuah kerana mendapat sokongan padu daripada keluarga. Menerusi foto yang dimuat naik adik ipar Fattah, Wan Aslam Zakaria, pelakon itu diapit kedua orang tuanya, Mohd Amin Musa, 58, dan Azizah Abdul Ghani, 56.

Iklan
Iklan

Hantaran berkenaan kemudian dikongsikan adik Fattah, Raihan Amin menerusi Insta Story.

Iklan

"Moga ALLAH pelihara insan-insan istimewa ini daripada dicaci dan dihina.

"ALLAH bersama-sama dengan kita semua," titipnya.

Iklan

'ALLAH AKAN TUNJUK JALAN'

Dalam satu hantaran lain, akaun Instagram @raihanaminz itu turut menitip nasihat mengenai rumah tangga agar mengikut jalur agama.

"Ikutilah jalan Islam, maka kita akan selamat. Dan sebesar mana pun ujian kita, ALLAH akan tunjukkan jalannya jika kita ikuti jalan Islam, iman dan ihsan.

Sekadar info, Raihan dan suaminya, Wan Aslam bernikah seminggu selepas Fattah dan Fazura diijab kabul pada tahun 2017.

DOAKAN CUCU

Sementara itu, ketika ditemuramah portal berita tempatan di mahkamah semalam, Mohd Amin dan Azizah reda atas apa yang terjadi ke atas rumah tangga Fattah dan Fazura.

"Apa yang berlaku kami reda. Harap yang terbaik buat anak. Semoga Fatima (cucu) juga baik," kata Mohd Amin.

Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu selepas aktor itu melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bistari.

Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari menerusi peguamnya.

Untuk rekod, pasangan yang popular dengan singkatan Fattzura itu diijabkabulkan pada 27 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dinamakan Nur Fatima Aisya, 4.

Sumber: Instagram