Rambang mata pilih nasi berlauk malam, ini 5 pilihan destinasi bikin ramai sanggup beratur panjang

Iklan

LAZIMNYA, hidangan nasi berlauk dijual pada waktu tengah hari atau petang bagi mereka yang mahu makanan berat.

Lain pula di negeri pantai timur khususnya di Kelantan bila sajian tersebut dijadikan menu sarapan pagi.

Iklan
Iklan

Lengkap dengan pilihan lauk seperti ayam goreng garing, ayam goreng berempah, gulai ayam, ikan atau daging bersama acar timun dan sambal belacan.

Nampaknya keunikan tersebut menjadi cetusan idea kreatif bagi segelintir pengusaha makanan apabila mereka menawarkan konsep yang sama untuk makan malam.

Iklan

Bayangkan limpahan seleksi lauk-pauk yang dimasak panas-panas menanti kalian dengan perut kosong.

Iklan

Muzik: Special Day oleh Material Gurl (Soundstripe)

Boleh dikatakan lebih 10 jenis masakan ditawarkan untuk pelanggan. Padanlah ramai yang sanggup beratur panjang.

Tinjauan SinarPlus di media sosial mendapati beberapa premis di seluruh negeri menawarkan nasi berlauk hingga lewat malam.

Bagaimanapun, kami menyenaraikan hanya lima saja lokasi viral yang menjadi top carian di TikTok. Berikut perincian:

KREDIT foto @kak_t68 & @arznzn

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis

  • Alamat: Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu operasi: 4.30 petang hingga 12 malam
  • TikTok:@sudinkubis

Nasi Berlauk Malam Mek Airra

  • Alamat: Lot 3858, Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Waktu operasi: 5 petang hingga 11 malam
  • Facebook: Nasi Berlauk Malam Mek Airra
  • TikTok: @nasiberlaukmalammekairra

Nasi Berlauk Malam Warung Wok

  • Alamat: G-2 Jalan Kenari 12A, Bandar Puchong Jaya, Puchong, Selangor
  • Waktu operasi: 6 petang hingga 12 malam
  • Facebook: Warung Wok
  • Instagram: @warungwokmy
  • TikTok: @warungwok_nasiberlauk

Lauk Campur Malam Mr Noh

  • Alamat: Angsana JB Mall, Pusat Bandar Tampoi, Johor Bahru, Johor
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 8 malam
  • Facebook: Mr.noh resturant
  • TikTok: @mrnohrestaurant
KREDIT foto Sarah Balqis & Myjejakrasa

Nasi Berlauk Malam Ampang

  • Alamat: 52, Jalan Pandan Kemajuan A, Jalan Pandan, Ampang, Selangor
  • Waktu operasi: 1 petang hingga 12 malam
  • Instagram: @aroistreetmart
  • TikTok: @aroistreetmart

Fuh! Kalau tengok semua lauk yang dijual, memang terliur. Apatah lagi, kebanyakan resipi khas orang Kelantan memang enak-enak belaka.

Jom singgah jika kalian berada berhampiran. Kalau ada tempat best lagi, bolehlah kongsikan di ruang komen kami.