Dah rancang awal tarikh lancar lagu 'Bertahan Demi Cinta', dakwa tiada kaitan hal peribadi Fazura- Fattah

Iklan

Pelancaran lagu rasmi bagi drama bersiri popular Hero Seorang Cinderella 2 (HSC2) yang telah ditayangkan pada Mac lalu dan telah diputuskan secara bersama pada beberapa bulan yang lalu oleh FAZURA Studios dan HITS Record kerana keistimewaan tarikh 10 Oktober 2024

BELUM pun surut berita duka penceraian antara pelakon, Fazura dan Fattah Amin, timbul pula khabar tergempar pelancaran lagu duet mereka bersama bertajuk 'Bertahan Demi Cinta' yang diadakan pada hari ini.

Tampil menjernihkan keadaan, FAZURA Studio dalam satu kenyataan mengatakan pemilihan tarikh bagi pelancaran lagu rasmi bagi drama bersiri popular Hero Seorang Cinderella 2 (HSC2) yang telah ditayangkan pada Mac lalu dan telah diputuskan secara bersama pada beberapa bulan yang lalu oleh FAZURA Studios dan HITS Record kerana keistimewaan tarikh 10 Oktober 2024 (10-10-2024).

Iklan
Iklan

Ini juga selaras dengan pendekatan bersama yang diambil oleh kedua-dua syarikat semasa pelancaran lagu berjudul"Tenang Diri” nyanyian IPPO Hafiz pada tarikh istimewa 9 September 2024 (9-9-2024) yang lalu.

Iklan

"Sehubungan dengan itu, pelancaran lagu ini pada hari esok tiada sebarang kaitan dengan perkembangan terkini urusan peribadi Nur Fazura Sharifuddin dan kami tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Kami juga ingin menegaskan bahawa kenyataan dikeluarkan oleh pengurus kepada Nur Fazura Sharifuddin berhubung pemilihan tarikh peluncuran lagu ini yang telah dilaporkan media tempatan pada hari ini adalah pendapat peribadi beliau semata-mata serta ianya tidak mewakili syarikat FAZURA Studios dan HITS Record.

Iklan

"Kedua-dua syarikat juga berpegang kepada perancangan yang telah dibuat lebih awal sebelum ini, yang mana tiada sebarang penglibatan oleh pengurus kepada Nur Fazura Sharifuddin," tambah kenyataan media tersebut.

Terdahulu, drama HSC2 dibintangi oleh Fazura dan Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, serta puteri mereka Nur Fatima Aisha.

Lagu rasmi drama ini ditulis oleh komposer terkenal IPPO Hafiz dan telah dirakamkan di Jakarta, Indonesia dalam bulan Januari 2024 disusuli dengan pengambaran video muzik lagu tersebut yang telah dibuat di Yogyakarta, Indonesia dalam bulan Februari 2024.

Para peminat dan pendengar boleh mula menikmati lagu"Bertahan Demi Cinta” di platform digital termasuk Spotify dan YouTube HITS Record bermula 10 Oktober 2024.