Sweetnya! Birthday Hanis Zalikha, Hairul Azreen surprise bawa pekerja rai bersama. 'Tiap tahun tak miss bawa bunga, hari ini...'

Iklan

SANA sini netizen sibuk bercerita pasal cerita cerai Fattah dan Fazura. Belum pun tamat tup tup Emma Maembong pulak buat pengumuman dah tamat iddah.

Ok musim cerai artis ke apa ni?

Iklan
Iklan

Eh tak adalah begitu. Ramai jer sebenarnya pasangan artis yang popular. Contohnya Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ni. Sweetnya...tahap kencing manis lah...

Pasangan sama cantik sama padan itu sememangnya sentiasa menjadi perhatian ramai. Tenang dan bahagia, ibu bapa kepada dua cahaya mata itu sering menjadi inspirasi serta ikutan pasangan muda. Melting bila tengok layanan mereka antara satu sama lain.

Iklan

Terbaharu, sempena hari istimewa ulang tahun kelahiran Hanis ke-34, Hairul tidak lupa mempamerkan kesungguhan memberi kejutan biarpun mengakui tidak pandai berbuat demikian.

"Happy birthday to my beloved wife @haniszalikha.

Iklan

"Ayang, lagi sekali I cakap I tak pandai buat surprise. Cukuplah melamar Ayang di pentas Gegar Vaganza dulu. Love you so much," kongsinya.

Tidak hanya membawa Hanis makan malam istimewa, pelakon utama Paskal dan Malbatt: Misi Bakara itu memberi kejutan dengan kehadiran pasukan pekerja pekerja mereka.

"Every year I tak pernah miss bawa bunga dan hari ini I bawa team kesayangan ayang sekali @hbsbcompany," katanya.

Lebih manis lagi, kesemua staf yang hadir menyanyikan lagu 'Happy Birthday' dan memakai pakaian berwarna merah. Tidak ketingalan, masing-masing membawa sekuntum mawar merah buat 'lady boss' mereka.

Hanis yang terkejut tidak henti mengucapkan terima kasih dan memeluk buat suami.

Imbas kembali, Hairul Azreen terdahulu melamar pelakon Hanis Zallikha ketika program finale Gegarvaganza yang disiarkan secara langsung.

Hairul telah membuat aksi breakdance sebelum Hanis dijemput pengacara Nabil Ahmad dan Jehan Muse naik ke pentas serta menyerahkan sebentuk cincin.

Hanis yang kelihatan terkedu dengan lamaran mengangguk bersetuju dengan lamaran itu.

Sekadar info, pelakon dan blogger Hanis Zalikha diijab kabulkan dengan Hairul Azreen dan 8 Jun 2015.

Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 8, dan Alisa Aisyah, 5.