Mira Filzah mahu lebih banyak masa bersama keluarga, rancang timang anak kedua

Iklan

MIRA Filzah nak tambah anak! Wahhh bestnya...

Diam tak diam, dah dua tahun rupanya anak sulung pelakon cantik manis itu. Kejap je rasanya, kan. Begitu pantas masa berlalu. Jadi, memang patutlah kalau Mira nak tambah anak jika diizinkan ALLAH pada tahun hadapan.

Melihat keletah anaknya, Wan Khair Amir Wan Emir Astar membesar di depan mata membuat Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman tidak lelah dan trauma dari menimang cahaya mata kedua.

Walaupun mempunyai komitmen sebagai seorang selebriti, tidak menjadi penghalang kepada pelakon drama 'Pelangi Cinta' itu memandangkan anak sulungnya bakal menginjak usia tiga tahun tidak lama lagi.

Membesar seperti kanak-kanak lain, Wan Khair Amir atau lebih mesra dipanggil Amir sangat mesra terhadap rakan-rakannya.

Sebab itu jugalah isteri kepada Wan Emir Astar menyifatkan anak lelakinya itu sudah bersedia untuk bergelar abang kepada adik-adinya nanti.

Peminat kepada pasangan sejoli ini tidak pernah lekang dari melihat perkembangan keluarga kecil ini.

Cuma sedikit hairan, kenapa Usahawan Mora Essential itu sudah jarang berkongsikan aktiviti hariannya di media sosial?

Rupa-rupanya beliau lebih suka menumpukan perhatian sepenuh masa kepada keluarga tercinta.

Malah, Ratu Telenovela Serba Dinamik 2019 itu dikatakan memberi ruang kepada pendatang baharu untuk mendekati peminat.

"Saya rasa malasnya nak kongsi buat hantaran di Instagram, kadang-kadang kita rasa terlampau sibuk sangat dengan keluarga bukan tak nak kongsi.

"Saya bukan lagi seperti artis generasi sekarang yang lebih popular dan rapat dengan peminat mereka,"ujarnya.