Isu buli di asrama, anak Khir Rahman bukan mangsa. 'Tindakan guru rahsiakan demi nama baik sekolah patut dihentikan'

Iklan

PELAKON, Khir Rahman, menegaskan anaknya bukan antara anak selebriti yang menjadi mangsa buli pelajar senior di sebuah sekolah berasrama seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Tampil menjelaskan perkara yang sebenar agar tidak menimbulkan kekeliruan, pelakon Rock Oo! memaklumkan laporan yang mengaitkan anaknya dengan kes tersebut adalah tidak betul.

"Saya kena jelaskan bahawa anak saya tidak kena buli tetapi kawan-kawannya (sebahagian) dalam tingkatan yang sama dan beberapa pelajar dari kelas lain telah menjadi mangsa.

"Atas sebab apa dibuli, semua kita kena siasat. Apa pun, gerakan ibu bapa yang mahu isu buli ini dihentikan, rakan anti-buli ini saya sokong seratus peratus.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Kata Khir, atas sokongan yang diberikan, beliau juga hadir dalam perjumpaan (antara ibu bapa dan guru berkaitan kes berkenaan).

Menerusi temu ramah bersama Utusan, Khir juga mahu pembabitan guru-guru merahsiakan perkara ini demi menjaga nama baik sekolah juga wajar dihentikan.

Kata Khir, dalam perkembangan terbaru, pihak sekolah merancang untuk menganjurkan pertemuan antara ibu bapa pelajar yang membuli dengan mangsa sekitar minggu hadapan.

Sebagai bapa, Khir berharap ada pihak lain tampil sebagai pendamai demi memastikan kelancaran pertemuan tersebut.

"Saya fikir perlu ada pihak pendamai kerana kita risau keadaan menjadi tegang dan beremosi.



"Saya harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik, dengan mengikut pendekatan Islam. Kita mahu hukum kesalahannya.

"Ramai anak yang nakal waktu kecil menjadi baik ketika meningkat dewasa. Apa pun kita tidak mahu kesalahan ini dilepaskan hanya kerana mereka masih kanak-kanak. Jadi perlu ada hukuman setimpal,” tambahnya

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima 12 laporan kes buli di sekolah berasrama itu yang turut membabitkan anak kepada penyanyi kumpulan Spider, Tam.

Siasatan awal mendapati semua mangsa terdiri daripada pelajar berusia antara 14 hingga 16 tahun manakala pembuli terdiri daripada pelajar berusia 17 tahun.

Sumber: Instagram, Utusan