Pertama kali live, Fattah terima 25 juta likes, 50,000 view di TikTok, sempat kongsi zikir selepas solat. ‘ALLAH sebaik-baik perancang’

Iklan

SEMINGGU selepas bergelar bapa tunggal, Fattah Amin, 34, bagaikan gelombang yang mencetuskan fenomena. Aura positif bekas suami Nur Fazura itu terus menambat hati warga maya.

Manakan tidaknya, pertama kali muncul dalam live di TikTok, duda popular itu mencuri tumpuan netizen dengan meraih jumlah suka dan lebih 25 juta selain 50,000 tontonan.

Antara perkara dikongsi pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin dalam sesi live pada petang Sabtu ialah zikir selepas solat.

Fattah sempat berpesan kepada para pengikutnya untuk tidak meninggalkan amalan itu.

"Zikir yang saya amalkan setiap kali lepas solat ialah Zikir Tasbih Fatimah.

"Zikir ini kita jangan pernah tinggal, selesai solat juga jangan tinggal untuk baca ayat Kursi dan sentiasa berdoa.

"Itu adalah amalan saya setiap kali selesai solat," katanya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


YAKIN DUGAAN ADA HIKMAH

Tidak hanya itu, Hero Remaja 2011/2012 berkenaan turut menitip pesan supaya bersabar menghadapi segala ujian ALLAH SWT.

Katanya, di sebalik setiap ujian dan dugaan diterima pasti ada hikmah.

"Apa saja yang kita buat perlu sentiasa bersabar dengan segala ujian dan dugaan.

"Kena yakin setiap ujian dan dugaan yang diberikan itu ada hikmahnya. Akan ada pelangi selepas hujan, akan ada sinar selepas langit yang mendung.

"Setiap ujian pasti akan ada jalan keluar dan nikmat yang ALLAH akan berikan.

"Ingatlah bahawa kalau kita rancang apa-apa sekalipun, ALLAH merupakan sebaik-baik Perancang,' katanya.



MENGAKU TAK MAHIR LIVE, BAKAL LAUNCH PRODUK

Mengakui tidak mahir mengendalikan live dan menerima banyak ‘hadiah’ daripada peminat, daddy kepada Fatima itu hanya memperkatakan hal positif dan kehilangan idea sehingga berseloroh terpaksa membiarkan netizen hanya menatap wajahnya.

"Hendak cakap apa lagi, saya pun tak tahu. Tengoklah muka sahaja.

"Lagi pun semua di sini tak tahu tentang live. Mungkin selepas ini akan panggil team yang betul. Terima kasih kepada semua yang memberi hadiah,” tuturnya berterus-terang.


Tenang dan bersahaja, aktor Suri Hati Mr Pilot itu sempat berterima kasih kepada peminat yang telah banyak memberikan sokongan serta kata-kata semangat.

Malah Fattah menyatakan perancangan untuk melancarkan produk sendiri tidak lama lagi.

"Terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat kepada saya.

"Terima kasih juga kepada anda yang tengok live saya malam ini dan insya-ALLAH ‘live’ seterusnya nanti saya akan lancarkan produk terbaharu saya untuk dijual di TikTok.

"Doakan yang baik-baik untuk kerjaya dan perniagaan saya. Saya juga akan doakan supaya anda semua yang beri sokongan kepada saya berjaya dunia dan akhirat," kongsinya.


Mengakui wujudnya fenomena Fattah Amin, warganet sempat menitipkan kata-kata positif dan sokongan buat aktor itu.

Ujar mereka:

"Gelombang kedua Fattah Amin. Keep it up bro!'

"Alhamdulillah ALLAH SWT mengangkat darjat insan baik bernama Fattah Amin ni."

"Sepanjang live itu baru tahu ada bermacam gift. Ada yang tak pernah nampak, semuanya penangan Fattah Amin. Semoga dipermudahkan."

"Aduhai nampak sangat Fattah introvert. Dia hanya cakap benda-benda penting jer."


Sekadar rekod, Fattah baru sahaja berpisah dengan Fazura pada 7 Oktober lalu selepas tujuh tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.