HUJAN lebat yang melanda ibu negara pagi menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh.
Penyampai radio Sharifah Shahirah tidak terkecuali berkongsi perkembangan bencana berkenaan.
Selebriti versatil itu sempat memuat naik hantaran berkenaan kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang.
Penyampai Sinar FM Situ berkongsi kejadian sama yang berlaku di kawasan kediamannya.
"Semoga dipermudahkan urusan. Anak-anak kawan kita duduk situ. Jadi depan mata kawan anak kita tadi ni.
Terdahulu, beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar terhalang susulan dilanda banjir kilat pada pagi Selasa.
Menerusi video yang tular, kejadian menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan. Beberapa pokok tumbang di sekitar rumah dan kenderaan penduduk akibat aliran air deras dari bukit.
Beberapa penduduk turut memuat naik video insiden itu di media sosial memaparkan kerosakan yang berlaku.