Fuh! Chicken chop murah RM7.90 jer. Siap ada pilihan 9 jenis sos padu kena cuba kalau singgah Shah Alam

Iklan

KALAU singgah Shah Alam, apa yang akan kalian cari?

Selain menjadi destinasi institusi pengajian tinggi pilihan ramai, ibu negeri Selangor itu juga terkenal dengan port makan best dan lokasi liburan berteknologi tinggi.

Iklan
Iklan

Tak dinafikan, banyak tempat hidden gems yang menawarkan produk makanan enak dengan konsep klasik, moden dan hipster.

Buat anda yang gemar menikmati kulinari Barat, boleh bayangkan harga sepinggan chicken chop hanya RM7.90 jer.

Iklan

Bukan itu saja, ia lengkap dengan sembilan jenis sos padu yang wajib dicuba!

Iklan

Ya, semua itu tersedia di Chiq Chopz Chicken Chop yang terletak di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Apa yang menarik? Antara menu yang mencuri tumpuan Set Light Chicken Chop yang lengkap dengan dua side dish seperti jagung dan salad sesuai untuk mereka yang diet.

Set Regular Chicke Chop pula lengkap dengan empat side dish seperti kentang putar, coleslaw, jagung dan salad manakala Set Feast Chicken Chop lagi meriah.

Bukan saja ada kentang goreng, kentang putar, ia juga lengkap dengan coleslaw, jagung dan salad.

Lagi syok, set ayam tanpa tulang crispy tersebut mempunyai pilihan sos padu seperti brown sause, Singapore Style Black Pepper, teriyaki, Smokehouse BBQ dan soy garlic.

Tak cukup dengan itu, kalian boleh try sos Korean Sweet and Spicy, gochujang, creamy buttermilk dan salted egg.

Boleh rambang mata, kan? Nak pilih masa satu sos yang menjadi pilihan hati.

Selain itu, pilihan crispy chicken burger juga tersedia dengan tujuh pilihan sos. Antaranya Korean Sweet and Spicy, gochujang hot and spicy dan teriyaki.

Tidak hanya seleksi western, ayam geprek, ayam kicap, ayam berlado, ayam penyet dan ayam masak merah juga ditawarkan kepada pengunjung bersama nasi.

#fuelshack

Menarik juga ni untuk dijadikan port lepak baharu bersama bestie kerana operasi bermula jam 11 pagi hingga 10 malam sejak Ogos lalu.

Selain itu, carian SinarPlus juga mendapati, terdapat empat premis lain, selain Chiq Chopz Chicken Chop yang menawarkan sajian pada harga murah iaitu bawah RM10 kepada pelanggan. Berikut perincian:

Chiq Chopz Chicken Chop

  • Alamat: Unit 1-05 Menara U, Jalan Boling Padang 13/62, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam
  • Facebook: Chiq Chopz Chicken Chop
  • Instagram: @chiqchopzchickenchop

Foodie Republic

  • Alamat: No 49, Jalan S2 B18, Dataran Centrio, Seremban, Negeri Sembilan
  • Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 11.45 malam
  • Facebook: Foodie Republic Seremban 2
  • Instagram: @foodierepublics2

Western Jahat

  • Alamat: 2495, Lorong Ros, 18, Jalan Kuang, Rawang, Selangor
  • Waktu operasi: 3 petang hingga 12 malam
  • TikTok: @warongwesternjahat
  • Facebook: Linda Midi

Warong Western RM1.90

  • Alamat: No 82, Jalan Padang Nyu, Kampung Guar Gajah, Arau, Perlis
  • Waktu operasi: 4.30 petang hingga 11 malam
  • Facebook: Warong Western RM1.90
  • Instagram: @warong_western

Chicken Chop Station

  • Alamat: Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 5 petang
  • Facebook: Chicken chop station
  • Instagram: @chickenchopstation